top of page

Kerajaan Selangor buat laporan polis, ambil tindakan lelaki cerca sultan



Kerajaan Selangor bertindak membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam media sosial.


Exco Perumahan Borhan Aman Shah (gambar, dua dari kanan) berkata, berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat kerana mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.


Beliau berkata lelaki tersebut turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin, raja-raja dan mufti.


"Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.


"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis," katanya dipetik.


Turut serta Exco Belia dan Sukan Najwan Halimi dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.


Borhan menegaskan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat termasuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu diheret ke muka pengadilan.


"Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga," katanya.


Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik sebagai berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.


Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.


Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.


*Kredit foto: Selangorkini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page