top of page

Kerajaan Selangor beri tunai RM500, caruman Perkeso kepada Rider

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 11, 2023
  • 1 min read


Penghantar barang atau Rider di Selangor dijaga kebajikan dengan skim khas Kerajaan Negeri melalui pemberian sumbangan tunai dan caruman Perkeso.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat mengambil berat kebajikan pekerja gig dengan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) agar golongan itu tidak terabai kebajikan mereka.


"Menerusi RiDE, Kerajaan Negeri memberi sumbangan tunai RM500 beserta caruman Perkeso sebanyak RM50 kepada 3,000 anak muda setiap tahun.


"Inisiatif yang telah dimulakan pada 2020 akibat pandemik, telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan menerima jumlah permohonan yang banyak," katanya dalam kenyataan.


Beliau berharap anak muda di Selangor akan meneruskan rokod cemerlang Kerajaan Negeri dengan meneruskan kerajaan sedia dalam Pilihan Raya Negeri.


"Kerajaan Negeri mengambil berat nasib dan kebajikan ‘p-hailing rider’ ini melalui pelbagai bantuan dan program. InsyaAllah Kerajaan Perpaduan akan terus menjamin kebajikan mereka sekiranya terus diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page