top of page

Kerajaan Selangor berharap Kebun Komuniti Bandar diperluas penerimaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Selangor berharap inisiatif Kebun Komuniti Bandar dapat diperluaskan lagi terutama melibatkan kawasan seperti di Hulu Selangor.


Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Ir Izham Hashim berkata, selain dapat bersama dalam usaha yang boleh menyihatkan tubuh badan itu, golongan petani juga berpotensi meraih hasil daripada aktiviti berkenaan.


"Jabatan Pertanian pun banyak memberikan sokongan termasuk juga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Veterinar yang membantu golongan petani.


"Selain itu, kerajaan negeri turut memberikan sokongan dan bantuan termasuk yang kita bagi secara langsung di bawah jawatankuasa tetap saya," katanya.


Serahan bantuan kepada penerima input pertanian Selangor
Serahan bantuan kepada penerima input pertanian Selangor

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Input Pertanian dan Pelaksanaan Projek Melon, di Ampang, hari ini.


Dalam perkembangan sama, Izham berkata, daripada 200 lebih Kebun Komuniti yang didaftarkan, pihaknya telah memilih 30 untuk menerima RM5,000 setiap kebun dalam bentuk input pertanian.


Ujar Izham lagi, pihaknya komited untuk membantu golongan petani Kebun Komuniti di Selangor, sekali gus memperluaskan inisiatif tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page