top of page

Kerajaan Selangor bekerja seolah Kerajaan Persekutan - Adam Adli



Kerajaan Selangor mungkin satu satunya Kerajaan Negeri di Malaysia yang berperanan seolah olah Kerajaan Persekutuan.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim, Kerajaan Negeri memainkan peranan yang sangat besar misalnya dalam menjaga kesihatan rakyat ketika pandemik Covid 19 lalu dengan membeli sendiri vaksin untuk disuntik kepada rakyat.


Begitu juga katanya rakyat yang menhadpai masalah, pelbagai skim disediakan untuk meringankan beban mereka sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.


"Kerajaan Negeri tidak sama dengan Persekutuan. Tetapi Kerajaan Negeri Selangor bekerja seolah olah seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri biasanya buat dasar berkait dengan PBT dan sebagainya. Namun negeri Selangor cemerlang kerana ada usaha untuk tingkatkan ekonomi rakyat.


"Misalnya kita tengok negeri yang lawan kita (PN) tadbir, kalau ada maslaah ekonomi, kemiskinan, rakyat susah dia tak anggap itu tanggungawab dia. Dia kata, kita miskin sebab kerajaan pusat tak tolong. Dulu Kedah misalnya boleh saja (berdikari), tiba tiba bila PN perintah salahkan kerajaan pusat


"Negari Selangor tak buat perangai macam itu, kita ambil tanggungjawab. Kalau ada rakyat kesusahan ditanggun Kerajaan Negeri ambil tanggungjawab untuk selesaikan apa yang boleh


"Sebab itu bila berlaku pandemik 2 tahun lalu, kerajaan mana paling efisien urus pandemik? Bukan setakat urus keperluan rakyat agih bantuan tetapi juga menguruskan aplikasi Selangkah yang jauh lebih baik daripada MySejahtera," katanya.


Tambah Adam, mungkin dengan rekod baik Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Selangor lebih selesa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai atau Ogos ini.


Namun, katanya dalam masa sama PN pula cuba menggambarkan rakyat Selangor tidak lagi bersama PH malah menolak Kerajaan Perpaduan.


Oleh itu, kata Adam, di samping PH selangor meneruskan kerja kerja baik mereka, AMK tetap perlu melakukan kerja keras dalam meastikan Selangor kekal di bawah Kerajaan Perpaduan.


"Oleh itu jangan kita rugikan masa depan dengan membiarkan orang orang ini (PN) datang dan cuba untuk tawan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page