top of page

Kerajaan selamatkan 26 individu jadi mangsa scam pekerjaan



Kerajaan melalui Kementerian Luar (KLN) sedang mengenal pasti dan berusaha menyelamatkan 26 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing, Myanmar.


Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar sedang menyelaras usaha itu dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina dan China.

"Sehingga 3 Nov 2023, kementerian ini berjaya membawa pulang 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh polis untuk membantu siasatan," jelasnya di Dewan Rakyat pada Rabu.


Mohamad Alamin sebelumnya menjawab soalan dikemuka Ahli Parlimen Sibu dari Pakatan Harapan (PH) Oscar Ling Chai Yew mengenai langkah diambil kerajaan untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang sering berlaku.


Sementara itu Mohamad Alamin turut memaklumkan, kerajaan juga sedang menunggu “lampu hijau” daripada pihak berkuasa Myanmar untuk berbincang bagi merangka usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan.


"Dalam masa yang sama, Kementerian Luar ingin mengingatkan kepada semua warga Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan menerusi platform media sosial yang meragukan," tambah Ahli Parlimen Kimanis itu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page