top of page

Kerajaan sasar kerjasama 50 pemain industri perkasa TVET



Menjelang penghujung tahun ini, Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 50 pemain industri di seluruh negara akan menjalin kerjasama dalam memperkasakan pelatih dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud memaklumkan setakat ini, sebanyak 24 syarikat telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu.


Selebihnya 26 syarikat jelasnya sudah dikenal pasti dan perjanjian kerjasama dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.


"Setakat ini, kita telah menandatangani MoU dengan 24 syarikat dan saya yakin sasaran untuk menjalin kerjasama dengan 50 pemain industri menjelang hujung tahun ini akan tercapai.


"Untuk tujuan itu, kita sudah merangka strategi jalinan kerjasama bagi memberi manfaat kepada institusi TVET di negara ini," katanya dipetik.


Mustapha sebelumnya ditemuai pemberita selepas lawatan ke Pusat Industri Taman Lesung Batu Emas, sempena Program Jejak TVET MADANI Alumni Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil, di Alor Gajah pada Rabu.


Sementara itu beliau menyatakan keyakinan jalinan kerjasama itu akan memberi kepakaran dan pendedahan teknologi terkini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page