top of page

Kerajaan Sarawak segera keluar geran tanah kepada pemilik NCR



Kerajaan Sarawak digesa untuk mengeluarkan geran tanah kepada pemegang lot tanah adat (NCR).


Hal itu, menurut Senator Abun Sui Anyit, amat perlu disegerakan berikutan Kerajaan Negeri baru baru ini telah mengeluarkan peruntukan untuk menyukat dan mengeluarkan geran bagi tanah hak adat di bawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (Lot Title Survey Programme under Section 18).


"Perenggan 71 ucapan Bajet 2024 Premier, sejumlah RM10 juta telah diluluskan Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 untuk mengeluarkan geran tanah adat di bawah S.18 kepada rakyat Sarawak yang terlibat dengan Skim SALCRA. Pertanyaan saya, bagaimana pula dengan mereka yang tidak terlibat dengan SALCRA?


"Saya harap dipertimbangkan juga rakyat pedalaman yang sekian lama, sehingga lebih 20 tahun menunggu tanah mereka disukat dan dikeluarkan geran tanah.


"Setakat ini dikatakan 50,823 hektar tanah adat terlibat, di mana 28,849 lot tanah adat (NCR) melibatkan ladang sawit bersama program SALCRA," kata Abun Sui dalam kenyataan.


Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak itu, jumlah yang terlibat di bawah SALCRA dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri itu adalah 18,392 lot atau melibatkan 33,890 hektar (63.8 % keluasan).


Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 4,577 lot masih menunggu untuk dikeluarkan geran.


"Apa yang menyebabkan geran terlalu lambat dikeluarkan? Kerajaan wajar mencari kaedah terbaik untuk mempercepatkan proses pengeluaran geran ini.


"Kita tidak mahu pemilik NCR akan terjejas kerana terdedah kepada risiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata Abun Sui lagi.


Perjuangan mendapatkan geran tanah bagi penduduk peribumi Sarawak telah memakan masa berdekad dekad lamanya.


Mereka berharap hal itu dapat diselesaikan pada era kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


Tanpa geran yang sah, pemilik tanah terdedah kepada pencerobohan pengusaha ladang sawit atau sebagainya seperti sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page