top of page

Kerajaan salur RM1 bilion selesai masalah bekalan air Kelantan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 20, 2023
1 min read


Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM1 bilion dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.


Hal itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.


"Jumlah itu (RM1 bilion) sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


"Sebagaimana yang telah dinyatakan, Kerajaan Persekutuan mahu tata kelola dan libat urus berkait dengan perkara ini dijalankan secara telus,” katanya dipetik Utusan semasa menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad di Pekarangan Maahad Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tui, Machang, Kelantan.


Menjawab pertanyaan apakah terdapat keperluan menempatkan pegawai di dalam Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) bagi membuat pemantauan Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada Kementerian Kewangan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page