top of page

Kerajaan rangka dasar kekang perlombongan haram REE



Satu dasar bakal dirangka bagi menangani isu perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) bagi memastikan negara tidak mengalami kerugian dari aktiviti itu.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media di Putrajaya berkata dasar itu akan merangkumi prosedur operasi standard (SOP) dari huluan sehingga hiliran.


Ia bagi memastikan hasil bumi itu tidak disia-siakan dan dapat memberi keuntungan kepada pendapatan negara.


"Kebimbangan kita adalah kita tidak mahu REE dieksport dalam keadaan mentah dan tak dapat tambah nilainya.


"Kita tahu permintaan terhadap REE tinggi, dengan peralihan tenaga (pada masa ini)," katanya dipetik.


Naib Presiden KEADILAN itu berkata demikian sebagai mengulas insiden kecurian REE terbaru di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah di mana polis dilaporkan telah menahan sembilan individu terbabit aktiviti itu pada 21 Jun lalu.


Sementara itu, Nik Nazmi memaklumkan kementeriannya telah diberi tanggungjawan menyelaraskan perkara itu secepat mungkin bagi memastikan unsur nadir bumi dilombong secara lestari.


Walau bagaimanapun jelasnya beliau mahu memastikan keseimbangan antara sumber asli dan alam sekitar berlaku.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page