top of page

Kerajaan rancang Kg Bharu sebagai bandar Melayu, bukan tapak warisan



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang tidak terganggu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sebarang kriteria pengiktirafan UNESCO akan membantutkan cadangan pembangunan di kampung berusia 125 tahun itu.


"Tambahan pula, pengiktirafan warisan mempunyai tiga peringkat bermula daripada tapak warisan yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara, diikuti warisan negara yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, kemudian barulah warisan dunia yang diberikan oleh UNESCO.


"Pengiktirafan warisan di ketiga-tiga peringkat ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan sesetengahnya tidak dapat dipadankan dengan ciri-ciri semasa Kampung Baru," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menggazetkan Kampong Bharu di Kuala Lumpur sebagai tapak warisan UNESCO.


Sebaliknya, kata Dr Zaliha, Kampong Bharu akan dipromosikan sebagai bandar Melayu selaras dengan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung baru 2011 (Akta 733).


"Antara perkara yang menjadi panduan pembangunan Kampong Bharu ialah nilai kebudayaan dan pemuliharaan warisan alam bina, perancangan inovatif dalam pembangunan tanah, pemuliharaan dan penjanaan semula kawasan dan menjaga kepentingan pemilikan orang Melayu.


"Percayalah, kerajaan akan berusaha mengangkat Kampong Bharu sebagai bandar Melayu yang tersergam dengan megah di Kuala Lumpur," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Kampong Bharu diwujudkan pada 1899 hasil usaha dan desakan penduduk Melayu tempatan di Kuala Lumpur terhadap pentadbiran British Kolonial dengan Residen British Selangor bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kampung Melayu di Kuala Lumpur terletak di antara Sungai Klang dan Jalan Batu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page