top of page

Kerajaan Pusat teliti isu 'banjir termenung' di Rantau Panjang



Semua jabatan yang terlibat dengan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, di Kelantan akan dipanggil mengadakan perbincangan bagi mencari langkah terbaik menyelesaikan masalah banjir di Rantau Panjang yang didakwa berpunca daripada projek berkenaan.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihak kementerian memandang serius isu banjir besar yang melanda hampir keseluruhan penempatan di kawasan itu dan berjanji akan mencari inisiatif secepat mungkin.


Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata perbincangan itu akan diadakan pada minggu hadapan.

"Dari awal saya dilantik sebagai menteri, isu ini mula dibangkitkan ahli jawatankuasa bertindak, sekali gus menunjukkan keseriusan masalah yang perlu diberi lebih perhatian oleh kementerian.


"Sebelum ini, saya bersama ahli Parlimen dan EXCO negeri sudah membuat pertemuan bagi mendengar taklimat pembinaan PLSB Sungai Golok oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta kontraktor yang berkenaan.


"Secara ringkas, projek ini diperlukan apabila ia sudah siap tetapi dalam tempoh pembinaan kita tidak mahu penduduk menjadi mangsa kerana kepentingan orang kampung juga perlu dijaga," katanya dipetik.


Nik Nazmi semalam mengadakan lawatan kerja bertemu penduduk terjejas banjir di Kampung Tersang di Rantau Panjang.


Pada lawatan itu beliau sempat melawat kawasan pembinaan benteng PLSB Sungai Golok yang didakwa menjadi faktor utama bah serta banjir termenung di Rantau Panjang.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa turut mendapat taklimat berkaitan kesan projek PLSB daripada Penasihat Teknikal Jawatankuasa Banjir, Dr Mohd Yazid Abdullah selain mendengar pandangan oleh penduduk.


"Saya juga mendengar permintaan penduduk untuk membuka laluan air bagi mengelak berlaku banjir besar dan semua permohonan akan diusulkan dalam perbincangan pada minggu ini.


"Saya berharap rakyat memberi ruang untuk saya membantu menyelesaikan masalah ini bersama agensi lain yang terbabit agar peristiwa banjir besar tempoh hari tidak berulang," katanya.


Media sebelum ini melaporkan, hampir 100,000 penduduk daripada 62 kampung di sini, kecewa dengan pembinaan PLSB Sungai Golok yang dianggap gagal.


Susulan itu, lebih 500 penduduk yang terjejas banjir disebabkan projek itu menyertai demonstrasi aman bagi menyuarakan bantahan dan rayuan berhubung nasib mereka akibat bencana yang berlaku selepas pembinaan benteng terbabit pada 13 Januari lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page