top of page

Kerajaan Pusat ambil projek LRT Pulau Pinang, sasar beroperasi 2030



Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Beliau berkata keputusan itu dicapai susulan keputusan Kabinet yang meluluskan cadangan projek berkenaan pada 22 Mac lalu dengan kerja pembinaan disasarkan bermula tahun ini.


Pelaksanaan keseluruhan projek dijangka mengambil masa enam tahun dan disasarkan beroperasi pada 2030, katanya.


"Secara rasminya, kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan sebagai pemaju dan pemilik aset.


"Pelaksanaan projek ini akan dibuat secara tender terbuka manakala perolehan akan terbahagi kepada tiga komponen utama


"Saya yakin projek ini bukan saja memanfaat warga Pulau Pinang malah memudahkan perjalanan pekerja yang berulang alik dari Perlis, Kedah dan Perak Utara setiap hari dengan kesinambunngan bersama rangkaian Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB)," katanya.


Jajaran LRT Laluan Mutiara akan bermula dari Pulau Silikon hingga ke KOMTAR dan seterusnya menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Perai untuk memberi ketersambungan kepada rangkaian keretapi KTM Komuter and ETS sedia ada.


Jarak jajaran dianggarkan lebih kurang 29km dengan 20 stesen termasuk 2 stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral.


Terdahulu Loke berkata SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) akan ditawarkan kontrak projek itu melalui mekanisme Single Sourcing Request for Proposal.


Tawaran itu adalah berdasarkan permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah melantik syarikat itu sebagai Rakan Pelaksana Projek kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang merangkumi LRT Laluan Mutiara melalui tender terbuka pada Ogos 2015.


SRS juga telah melaksanakan kajian-kajian teknikal dan reka bentuk awalan di samping memperolehi kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Penilaian Kesan Sosial (SIA) dan Skim Kereta Api bersyarat.


Nilai kontrak dan butiran terperinci yang berkaitan adalah tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa enam bulan, jelas Loke


Ia melibatkan tiga segmen kontrak itu Jajaran Pulau Silikon ke KOMTAR dan KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka serta kontrak turnkey kerja-kerja sistem dan stokereta secara bina, senggara dan pindah (BMT) melalui tender terbuka usahasama MRT Corp-Kerajaan Pulau Pinang.


Selain itu, katanya pembinaan depoh operasi stokereta (Operations Depot) dibangunkan sekali dengan projek pembangunan bersepadu berorientasikan transit (TOD) di Tapak Pesta, Sungai Nibong secara usahasama antara MRT Corp dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


"Strategi baru ini bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page