top of page

Kerajaan PN sampai ke tahap tercabar dari segenap penjuru - Anwar


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diibaratkan kapal yang tidak mempunyai nakhoda cukup ilmu pengetahuan dan tidak mungkin akan membawa kapal belayar dengan selamat menempuh gelombang dan badai di lautan.


Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN, Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seharusnya nakhoda yang mengendalikan kerajaan Malaysia diganti yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan bagi mengemudi kapal kembali ke pelabuhan.


"Umumnya kita sampai ke tahap, seperti saya rungkai pada awal tadi dalam ucapan perasmian, di mana kerajaan PN sudah sampai ke tahap betul-betul tercabar. Kalau mereka bergagah juga dalam keadaan kail panjang sejengkal maka tidak akan dapat mengharungi lautan.


"Mana pernah dari rakyat, petani, nelayan, pekebun kecil sehingga raja-raja memberi teguran satu demi satu. Dari soal vaksin kepada soal kemiskinan, derita rakyat hingga kestabilan politik," katanya.


Justeru, bagi menggambarkan keadaan berkecamuknya kerajaan Perikatan Nasional, Anwar membawakan kisah lucu Khoja Nasaruddin yang menjadi hikayat lucu di alam Melayu setaraf Abu Nawaz, untuk renungan dan pengejaran kepada penguasa serta para penyokong mereka buat mencermin diri.


"Sebab itu saya ingat kepada cerita Khoja Nasaruddin sebagaimana kita tahu kisah lucunya. Khoja ini naik keldai sampai ke desa. Sampai ke satu kampung orang bertanya. "Ya Khoja kenapa kamu naik keldai dan letakkan barang atas bahu kamu?" Jawab Khoja, "saya kasihan kepada keldai".


"Orang kampung kata bahlol kerana menambah beban. Karung barang diletakkan di atas bahu. Kononnya nak ringankan beban keldai, walhasil rakyat terbeban dengan berat Khoja, dengan jubahnya, dengan serban yang besar dan dengan karung yang besar.


"Orang kampung geleng kepala. Ibarat sekaranglah. Ya Khoja tolonglah belajar dari pengalaman dan ibarat sedemikian," kata Anwar.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page