top of page

Kerajaan PN retorik, tidak ada jaminan Melayu terbela



Setelah 7 bulan kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) mengambilalih pemerintahan, masih belum dilihat tanda-tanda pembelaan ke atas kaum Melayu berjaya dilakukan.


Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kerajaan PN kelihatannya tidak mengotakan janji yang dibuat ketika sebahagian menteri yang ada pada hari ini masih sebagai pembangkang.


Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, katanya, mereka memburuk-burukkan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya pro DAP dan anti Melayu, namun selepas berjaya memerintah tiada pun polisi khas ekonomi, pendidikan atau sosial Melayu yang boleh dibanggakan.


"PN kerajaan status quo. Mereka tidak ada dasar-dasar baru lebih baik daripada PH.


"Dalam keadaan sekarang kepimpinan PN langsung tidak stabil, tidak ada jaminan bahawa Melayu akan lebih baik di bawah mereka.


"Sebaliknya, kita dalam PH konsisten (memperjuangkan) keadilan kepada semua pihak. Inilah komitmen yang kita putuskan bersama


"Itulah beza PH berbanding PN. Kerana proses rundingan komitmen ini kita bina sejak bertahun-tahun. Bukan kerana keputusan politik, semata-mata untuk mendapatkan kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, Fadhlina menyifatkan retorik memartabatkan Melayu yang dihamburkan Umno dan Pas sebelum ini adalah hipokrit dan bertujuan hanya untuk menjatuhkan PH.


Sedangkan, ahli-ahli politik kedua-dua parti tersebut tidak berminat pun untuk menangkat Melayu ke satu tahap yang lebih baik.


"Itulah namanya politik (hipokrit), semua benda yang ada nilai atau faktor yang boleh memperlihatkan sesuatu pihak itu tidak mampu untuk tangani isu, maka dipolitikkan isu tersebut," katanya lagi.


Menurut Fadhlina yang menyertai KEADILAN beberapa bulan lalu, beliau lebih teruja dengan perjuangan parti itu yang kelihatan majmuk. Tidak menyebut pembelaan kepada satu-satu kaum namun di negeri yang ditadbir PH misalnya, banyak skim-skim bantuan berjaya diwujudkan dan membantu mengangkat kualiti hidup rakyat.


"Untuk ke hadapan, isu yang menguji perpaduan kita mesti tegas. Ambil pendekatan tegas (ke atas) faktor yang boleh menggugat kestabilan keseluruhan masyarakat dan negara.


"Saya yakin dengan KEADILAN kerana ia parti merentas kaum, ras bangsa dan agama. Yang kita percaya secara idealnya parti yang boleh menerajui dan boleh membawa isu perpaduan secara real.


"Cuma kita kena ambil maklum kalau betul (sesuatu) isu (kaum) itu menggangu kita dari segi kuasa, pembuat dasar atau pembahagian ekonomi adil.


"Kena ada kesediaan untuk berbincang dengan jiwa besar dan terbuka. Namun (hal utama) kita jangan tunduk kepada provokasi," katanya.


Menurut Fadhlina lagi, perkauman sewajarnya tidak menjadi isu besar dalam masyarakat yang telah bersama sejak merdeka pada 1957.


Malah, katanya kebanyakan isu-isu di Malaysia melibatkan jenayah, sosial dan pekerjaan tidak bertitik-tolak kepada perkauman tetapi sering disalah tafsir oleh pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kepentingan.



0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page