Ubah strategi perangi Covid 19: 'Tunda dos kedua' suntikan vaksin - PH


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengubah strategi utama dalam memerangi pandemik Covid 19 yang berleluasa ketika ini.


Menurut kenyataan Majlis Presiden, kerajaan seharusnya melaksanakan strategi 'tunda dos kedua' vaksin Covid 19 sebagaimana yang telah digunakan oleh beberapa negara.


Kaedah tersebut, kata mereka, telah berhasil di United Kongdom (UK) yang berjaya mempercepat proses vaksinasi kepada 70% populasi di negara itu sehingga bulan Mei, sekaligus menurunkan kadar jangkitan harian daripada lebih 20,000 kes sehari pada awal tahun kepada sekitar 2,000 kes pada Mei 2021.


"Majlis Presiden PH menggesa kerajaan mempertimbangkan perlaksanaan "strategi tunda dos kedua" untuk melawan isu penambahan kes Covid-19 yang mendadak dengan mengambil kira kekangan kekurangan bekalan vaksin.


"Kes Covid-19 di negara telah mencapai tahap kritikal dengan hampir mencecah 20,000 kes baharu dalam jangka masa tiga hari.


"Keutamaan kami pada saat ini mestilah melindungi bilangan maksimum rakyat dalam jangka masa yang singkat. Dengan mengakui kekurangan dos vaksin, rintangan ini boleh diatasi secara menunda pemberian dos kedua.


"Strategi ini digunakan oleh UK pada bulan November 2020 dan semakin banyak negara melaksanakan strategi penundaan dos kedua termasuk Singapura dan India," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Strategi melambatkan dos kedua juga, kata Majlis Presiden dibuktikan telah meningkatkan tindak balas antibodi badan lebih baik berbanding melengkapkan dos dalam jangka waktu sebulan.


"Penyelidikan terbaharu University of Birmingham dengan kerjasama Public Health England mendapati pemberian vaksin Pfizer BioNTech booster 12 minggu selepas dos pertama berbanding dengan tiga minggu, menghasilkan tindak balas antibodi yang jauh lebih kuat.


"Penyelidik dari Oxford University juga mendakwa pada bulan Februari ketika pemberian dos kedua vaksin mereka ditunda selama 12 minggu, tindak balas antibodi dilaporkan lebih dua kali ganda dibandingkan dengan normal.


"Walaupun kerajaan telah berulang kali memberi jaminan Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi, namun kelewatan pemberian vaksin menunjukkan sebaliknya.


"Terdapat kekurangan bekalan vaksin yang nyata dan kesannya ternyata melihat trend yang membimbangkan di seluruh negara. Oleh itu, kita mesti menerima hakikat ini dan menyedari bahawa ada keperluan yang sangat mendesak untuk kita melaksana strategi (tunda dos kedua) yang terbukti secara saintifik," kata mereka.


Kenyataan itu juga menekankan kekecewaan dan putus harap rakyat Malaysia yang terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan vaksin sedangkan negara ketika ini berdasarkan nisbah penduduk telah mempunyai kadar jangkitan yang amat tinggi malah sebanding dengan jangkitan di India.


"Kami amat menyedari lagi merasai kekecewaan serta keresahan majoriti rakyat Malaysia kerana terpaksa menunggu untuk pengambilan vaksin langsung menghadapi risiko dijangkiti Covid-19 yang semakin tinggi. Kerajaan seolah-olah tidak tahu dan tidak cekap dalam menanggapi perubahan pesat dalam situasi pandemik terkini.


"Kami ingin meminta kerjasama rakyat Malaysia amnya untuk turut menggesa agar kerajaan menggunapakai strategi baharu. Berdasarkan sains dan data, strategi ini telah terbukti berhasil," kata mereka lagi.


Oleh itu, Majlis Presiden mengharapkan kerajaan PN lebih proaktif dalam meratifikasi strategi-strategi baharu dan berhenti meletakkan nyawa rakyat dalam bahaya.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER