top of page

Kerajaan PN perlu pulihkan ekonomi, bukan cakap besar - Lee Chean Chung


Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali mengatakan pertumbuhan ekonomi domestik negara menunjukkan perkembangan yang positif amat meragukan.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, walaupun Pelaburan Langsung Asing (FDI) menunjukkan penurunan sebanyak 55%, Azmin masih mengatakan situasi ekonomi positif dan hal itu sukar diterima oleh penganalisis ekonomi mahu pun rakyat biasa.


"Kita lihat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal melihat penurunan FDI sebanyak 54.8% tetapi masih berbangga dengan ekonomi negara yang dikatakan positif.


"Hakikatnya adalah, FDI negara kita telah menjunam lebih separuh pada tahun lepas dan ia merupakan FDI yang terendah sejak tahun 2009.


"Merujuk kepada data daripada Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), ia menjelaskan bahawa aliran masuk FDI global pada tahun 2020 merosot sebanyak 42% berbanding dengan tahun 2019.


"Namun, penurunan sebanyak 55% di Malaysia adalah lebih teruk daripada purata global dan keadaan ini amat membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Semambu itu lagi, berbanding dengan negara-negara jiran, FDI Singapura pada 2020 telah menyusut sebanyak 37%, Vietnam sebanyak 25% dan Indonesia hanya turun sebanyak 2.4%.


Dalam situasi yang teruk, katanya, setiap kerajaan sepatutnya mengkaji semula dasarnya dan bertindak dengan lebih agresif serta berani, tetapi Azmin masih tega menyatakan pertumbuhan ekonomi negara kekal positif.


"Usaha bercakap besar beliau memang hebat dan tidak sepatutnya diperlekehkan.


"Saya berpendapat data ekonomi mempunyai jurang yang sangat besar dengan kehidupan dan kebahagian masyarakat umum kerana ia tidak mengambil kira daya beli rakyat, gaji pekerja, jurang antara kaya dengan miskin, pergelutan Perusahaan Kecil dan Serdahana pada waktu ini dan isu-isu yang berkaitan.


"Sektretariat Majlis Tindakan Ekonomi juga telah mengumumkan sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19, sebanyak 600,000 isi rumah di negara kita telah jatuh daripada kumpulan berpendapatan sederhana M40 ke kumpulan berpendapatan rendah B40.


"Menurut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2019, sekurang-kurangnya 8% isi rumah telah jatuh ke pendapatan bulanan RM 4,850 iaitu kumpulan B40.


"Kerajaan sepatutnya melihat cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat, daya beli rakyat serta merapatkan jurang antara kaya dan miskin supaya kumpulan M40 tidak jatuh kepada kumpulan B40, tetapi perkara yang membimbangkan ini telah berlaku," katanya.


Bagaimanapun, menurut Chean Chung, Kerajaan PN masih menggunakan data ekonomi yang susah difahami oleh rakyat untuk menutup masalah struktur ekonomi dan sosial.


Situasi ekonomi yang ‘Positif’ seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan, katanya, adalah berbeza dengan apa yang dirasai oleh masyarakat umum sekarang.


"Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Pakatan Harapan beberapa kali menyeru kerajaan untuk meningkatkan kadar subsidi dan bantuan. Sebaik perlaksanaan PKP, kumpulan pekerja dan PKS paling terjejas.


"Pelan pemulihan yang baru diumumkan bernilai RM40 bilion pula hanya terdapat RM5 bilion disuntik kepada pasaran. Malahan, rakyat tidak merasa bantuan ataupun suntikan dana tersebut boleh membantu mereka.


"Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustafa Mohamed pula mengatakan Kementerian Kewangan sedang mengkaji cara untuk memberi bantuan atau subsidi tambahan membantu rakyat.


"Persoalannya ialah, kajian baru nak dilaksanakan selepas kita menghadapi pandemik ini selama setahun?" tanyanya


Bagi Chean Chung, Sikap sambil lewa Kerajaan PN menggunakan alasan mengkaji hanya dalih untuk melengahkan masa dan bakal mengakibatkan lebih banyak rakyat menghadapi kesulitan ekonomi.


Katanya, kumpulan isi rumah B40 telah bertambah sebanyak 600,000 keluarga, beberapa lama pula masa yang diperlukan untuk mereka kembali ke kumpulan M40? Hal itu menjadi satu persoalan yang sangat besar.


0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page