top of page

Kerajaan PN perlu dedahkan jumlah projek open tender dan direct nego

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Oct 12, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya mendedahkan jumlah projek yang melibatkan open tender dan rundingan secara terus (direct negotiation).


Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana kerajaan sebelum ini telah mendedahkan jumlah projek ketika di bawah kerajan Pakatan Harapan (PH).


"Kita nak tahu projek pembangunan berapa open tender, peratus projek direct nego, kita nak tahu projek dibiayai, saya rasa ada kebertanggungjawaban yang penting supaya rakyat tahu duit mereka kena bayar masa akan datang, anak cucu kena bayar, kerajaan menggunakan duit tersebut secara bertanggungjawab.


"Tahun lepas, Kementerian Kewangan pernah mengumumkan satu senarai projek direct nego di bawah kerajaan PH dan sekarang minta menteri umumkan projek nego bawah kerajaan PN kerana dibawah YB Pagoh sepanjang 18 bulan, apa projek masa itu, kita tidak pertikai projek tertentu memang perlu direct nego terutama masa pandemik, tapi ada keperluan untuk secara telus bagitahu kepada rakyat projek apa yang terpaksa buat direct nego, jumlahnya berapa.


"Dulu boleh umum, sekarang pun boleh umum bawah PN, itu baru adil, bila kerajaan umumkan 101 projek PH, kami boleh jawab tidak ada masalah, memang ada projek perlukan direct nego, sekarang kita harap kerajaan buat perkara sama, jangan ada double standard," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page