top of page

Kerajaan PN memperkecil, memperdaya Agong, sebaiknya berundur - GRM


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terus-terusan bermain isu teknikal sama ada mereka masih mempunyai sokongan selepas Umno menarik diri atau dalam hal Ordinan Darurat.


Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, tiba masanya untuk kerajaan PN berundur kerana pihak yang memperdaya Istana Negara dalam mengumumkan Ordinan Darurat telah dimansuhkan sedangkan Yang di-Pertuan Agong tidak mengetahuinya, tidak mungkin dapat memerintah dengan baik.


"GRM kesal dengan sikap kerajaan PN yang membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Adanya unsur penipuan terhadap Parlimen dan rakyat. Dan mereka mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam peristiwa yang cukup memalukan ini. Kerajaan PN sewajarnya berundur," kata Mustaffa dalam siaran media.


Meskipun, menurut beliau, kerajaan PN berpusing-pusing pada Perkara 40 Perlembagaan yang menegaskan Agong mesti mengikut nasihat Jemaah Menteri namun dalam isu Darurat, halnya berbeza.


"Ini saya kira ada tafsiran masing-masing di peringkat pejabat Perdana Menteri. Istana Negara telah mengungkapkan Perkara 150 dengan jelas bidangan kuasa Agong dalam suasana Darurat dan dalam konteks menjalankan sebuah negara Raja Berperlembagaan serta demokrasi berparlimen.


"Pastinya persefahaman antara kedua-dua elemen, eksekutif, Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong perlu bergerak secara harmoni," ujarnya.


Mustaffa juga menasihatkan kerajaan PN agar tidak lagi mengulangi propaganda lapuk era sebelum wujudnya media sosial dengan menyalahkan pihak Istana Negara terkhilaf dalam pentafsiran Perlembagaan.


Katanya pada era maklumat di hujung jari, rakyat boleh menyelidiki sendiri Perlembagaan Persekutuan dan menilai siapakah yang benar atau salah.


"Apabila berlaku sesuatu keadaan undang-undang dan apabila Agong bertitah meminta beberapa perkara yang memang di bawah kuasa Baginda dilakukan oleh kerajaan PN maka ini sesuatu yang serius. Dan ia telah sampai ke pengetahuan umum kerana hari ini media sosial bergerak cukup pantas dan rakyat mendapat maklumat secukupnya.


"Oleh yang demikian, ia tidak boleh disembunyikan dan rakyat mengetahui segala perkembangan dalam konteks Istana Negara, Parlimen, dunia politik yang ada, dan pelbagai perkembangana dunia lain.


"Walaupun pejabat PM menegaskan Perkara 40, namun saya kira dalam tafsiran yang banyak dan tradisi susila Raja Berperlembagaan dan adat susila, sudah pasti pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan 'amat dukacita' dan berlakunya ketidakpatuhan titah Baginda itu jelas dengan maksud satu perlanggaran yang memalukan telah berlaku.


"Kerajaan PN seharusnya mengambil tanggungjawab penuh atas apa yang terjadi," katanya lagi.


GRM merupakan gabungan 10 NGO pro Reformasi yang berjuang sejak 1998 untuk membentuk kerajaan reformis berdasarkan politik nilai dan rakyat berkebajikan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page