top of page

Kerajaan PN jangan manipulasi angka, wabak Covid masih tidak terkawal



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa agar tidak terus memanipulasi angka jangkitan harian Covid 19 yang didakwa telah terkawal.


Sedangkan, kata Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang dakwaan kerajaan itu tidak mengikut piawaian antarabangsa.


Katanya, garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan kes jangkitan baharu di bawah 5% sebagai terkawal sementara kes jangkitan di Malaysia masih berlegar sekitar 10%.


"Menurut piawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pandemik Covid-19 dianggap terkawal kalau kadar positif daripada jumlah saringan adalah kurang daripada 5%.


"Sekiranya kadar positif melebihi 10%, maka pandemik dikategori sebagai di luar kawalan. Dalam 3 hari yang lepas, kadar positif kita berlegar di sekitar 10%, iaitu 11.94% pada 13 Februari, 10.15% pada 14 Februari, serta 9.15% pada 15 Februari.


"Angka-angka ini menunjukkan pandemik Covid-19 jauh daripada terkawal. Sejak wabak ini dikesan 975 nyawa telah diragut, dan kita belum nampak di mana kesudahannya. Namun, Menteri Kesihatan sanggup memberi gambaran yang memesong demi kepentingan politik sendiri," katanya.


Sejak beberapa hari lalu, menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim itu kerajaan giat mempropagandakan jangkitan Covid telah terkawal. Namun fakta yang tidak diberitahu kepada rakyat ialah jumlah ujian Covid 19 yang semakin menurun dilakukan, menyebabkan angka jangkitan berkurangan.


"Beberapa hari yang lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, gelombang ketiga Covid-19 telah menurun. Beliau berpendapat bahawa penurunan jumlah kes positif merupakan kejayaan pelaksanaan darurat dan PKP.


"Hakikatnya, jumlah kes positif Covid-19 baharu menurun bukan kerana pandemik terkawal tetapi jumlah ujian Covid yang berkurangan dengan drastik.


"Pada 3 hingga 5 Februari, jumlah saringan harian yang dijalankan melebihi 60 ribu ujian. Namun pada 8 Februari, jumlah saringan dikurangkan secara drastik kepada 32,536 ujian.


"Pada 15 Februari, jumlah saringan individu dikurangkan lagi kepada angka yang antara paling rendah, iaitu sebanyak 23,791. Justeru, penurunan jumlah kes positif adalah diakibatkan oleh jumlah saringan yang semakin kecil, bukan kerana pandemik sudah terkawal," katanya lagi.


Sehubungan itu, Lih Kang mendesak Menteri Kesihatan PN menghentikan mainan politik memperdaya rakyat. Kerajaan, katanya harus memastikan Menteri dan kedua-dua Timbalan Menteri Kesihatan meletak jawatan di atas kekhilafan tersebut dan kementerian yang lain tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page