top of page

Kerajaan PN hadapi 4 krisis serentak - Fahmi Fadzil


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin boleh dianggap hampir 'tenggelam punca' apabila menghadapi 4 krisis serentak dalam pentadbirannya.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, kerajaan PN juga dilihat mengecewakan kerana seolah-olah tidak ada perancangan untuk menstabilkan keadaan dalam negara dan menghidupkan semula ekonomi apabila pandemik Covid 19 berakhir.


"Sekarang kerajaan hadapi 3 - 4 krisis. Pertama krisis kesihatan awam yang masih lembab untuk mengatsinya, sama ada masalah vaksin, pendaftaran, kerenah birokrasi dan lain-lain sebagaimana ditegur oleh Majlis Raja-raja. Kes kematian akibat Covid begitu tinggi setiap hari dan kes-kes positif memberi tekanan kepada rakyat Malaysia.


"Kedua, krisis ekonomi yang kita lihat semakin hari semakin ramai terkesan. Saya sendiri telah bertemu dengan banyak keluarga yang sangat tertekan. Malah ada kata mereka mohon apa jua bentuk bantuan makanan. Sehingga jiran masak, dia sanggup pergi ambil makanan walaupun cuma masak kerang sahaja. Mereka sanggup ambil lauk sebab tiada makanan di rumah. Itu berlaku di Kuala Lumpur hari ini


"Kita juga tengok ada yang tertekan sampai sanggup bunuh diri. Itu dalam keadaan kerajaan tiada exit strategy, tiada hala tuju selain mereka berkata semuanya ok dan under control. Tiada yang terkawal kalau kita tengok apa yang berlaku," kata Fahmi dalam forum maya anjuran Studiokini, bertajuk "Perkembangan Politik Negara Tak Stabil = Kehidupan Rakyat Makin Terjejas", malam tadi.


Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, krisis yang berlaku antara parti dalam gabungan pemerintah yang diketuai Perdana Menteri Mahiaddin Yassin, terutama melibatkan Bersatu - Umno memburukkan lagi keadaan dan berpotensi menggelincirkan Malaysia daripada landasan pemulihan politik serta ekonomi.


"Ketiga, kita boleh lihat krisis dalam kerajaan sendiri. Semalam Presiden Umno keluarkan kenyataan kalau Parlimen tak bersidang dalam masa 14 hari, apa yang akan berlaku. Boleh kita bayangkan parti gabungan pemerintah yang ada menteri kanan, yang ada dalam kalangan anggota perikatan itu, namun anggotanya memberi pendirian (menentang) seperti itu.


"Itu sebabnya Majlis Raja-raja berkata perlu ada kerajaan yang stabil dan efektif. Maksudnya kerajaan yang ada ini tidak stabil


"Keempat, kalau kita tidak panggil sidang Parlimen sampai 2 Ogos, jangkaan saya kita hadapi krisis Perlembagaan. Saya tabik hormat kepada DUN Johor yang kata sedia untuk mengadakan sidang dan saya dapati 8 daripada 13 DUN (dalam Malaysia) dalam proses mendapatkan tarikh. 5 yang lain berdolak dalik, dan satu, DUN Sarawak yang bersiap sedia untuk Pilihan Raya Negeri.


"Tetapi DUN kita lihat tiada masalah. Tiada yang kata perlu tubuh jawatankuasa, teliti itu dan ini secara hibrid atau sepenuhnya kehadiran fizikal.


"Maka saya harap PM Mahiaddin Yassin segeralah menasihatkan Agong dan memberikan tarikh sidang Parlimen akan datang," katanya lagi.


Menjawab soalan moderator, keutamaan yang harus diberikan antara ekonomi atau kesihatan, Fahmi menekankan isu kesihatan perlu ditekankan.


Menurutnya, andai Covid merebak meluas dalam kalangan rakyat, ekonomi akan lebih bermasalah kemudiannya. Biar pun beliau mengakui penting pembukaan kilang dan data eksport negara yang meningkat tahun ini berbanding 2020.


"Dari segi ekonomi, kilang-kilang yang beroperasi sekarang berorientasikan eksport tetapi kesannya dari segi kesihatan awam ia menjejaskan rakyat Malaysia.


"Dari segi eksport hebat tetapi keputusan membenarkan membuka kilang-kilang ini mengakibatkan kluster tempat kerja yang baru, yang jumlahnya terlalu banyak dan kalau kita lihat negeri seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang banyak kluster kilang. Ini bagi saya amat menyedihkan.


"Saya terima aduan dari pekerja kilang. Ada yang positif tetapi kilang masih beroperasi. Boleh bayangkan. Bukan nak kata kerajaan tidak pentingkan nyawa, walaupun kerajaan kata telah tutup kilang tidak patuh SOP.


"Namun dari segi dasar, sepatutnya (keputusan buka kilang) berasaskan sains dan data," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page