top of page

Kerajaan PN gagal tangani COVID-19, Muhyiddin wajar letak jawatan


Peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara ketika ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal mentadbir dengan baik, sekali gus wajar untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin berkata, kerajaan tidak boleh menafikan bahawa peningkatan kes COVID-19 berlaku disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


”Dalam bulan ini saja, sebanyak 8,403 kes positif dilaporkan dan jumlah ini sama dengan jumlah 6 bulan pertama sejak wabak ini melanda.


”Negeri paling teruk terjejas sudah tentunya negeri Sabah yang dalam tempoh 17 hari ini, sebanyak 4,860 kes baru dicatatkan atau 58% daripada jumlah kes di Malaysia, selain mencatat 40 kematian setakat ini.


”Walaupun dinafikan, namun hakikatnya lonjakkan kes ini berpunca daripada PRN dan kebanyakan kluster baru wujud sejak September lalu. Semuanya berpunca daripada PRN,” katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Razeef beranggapan bahawa kerajaan PN bertanggungjawab sepenuhnya kerana melaksanakan rampasan kuasa sehingga menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.


”Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekang penularan COVID-19, Muhyiddin sibuk menggulingkan kerajaan sehingga berlaku lonjakan kes berpanjangan hingga ke hari ini.


”Selain itu, ketika kerajaan Sabah berusaha mengekang penularan wabak sama di negeri ini, PN menerusi Hamzah sibuk ulang-alik untuk menarik Adun dari Sabah bagi tujuan menggulingkan kerajaan negeri yang dipimpin Warisan Plus,” katanya.


Ketika ini, Razeef berkata, rakyat benar-benar memerlukan seorang perdana menteri yang prihatin dengan masalah rakyat, bukannya seorang 'abah' yang sibuk berebut kuasa.


”Sekali lagi saya menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk mengambil tanggungjawab penuh seperti anak jantan dengan melepaskan jawatan atas kegagalan mereka serta kegilaan untuk mengguling kerajaan ketika negara berdepan wabak Covid-19.


”Malaysia memerlukan seorang perdana menteri yang boleh memimpin, bukan seorang ‘abah’ yang hanya tahu membuat perutusan khas," katanya.Peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara ketika ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal mentadbir dengan baik, sekali gus wajar untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin berkata, kerajaan tidak boleh menafikan bahawa peningkatan kes COVID-19 berlaku disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


”Dalam bulan ini saja, sebanyak 8,403 kes positif dilaporkan dan jumlah ini sama dengan jumlah 6 bulan pertama sejak wabak ini melanda.


”Negeri paling teruk terjejas sudah tentunya negeri Sabah yang dalam tempoh 17 hari ini, sebanyak 4,860 kes baru dicatatkan atau 58% daripada jumlah kes di Malaysia, selain mencatat 40 kematian setakat ini.


”Walaupun dinafikan, namun hakikatnya lonjakkan kes ini berpunca daripada PRN dan kebanyakan kluster baru wujud sejak September lalu. Semuanya berpunca daripada PRN,” katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Razeef beranggapan bahawa kerajaan PN bertanggungjawab sepenuhnya kerana melaksanakan rampasan kuasa sehingga menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.


”Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekang penularan COVID-19, Muhyiddin sibuk menggulingkan kerajaan sehingga berlaku lonjakan kes berpanjangan hingga ke hari ini.


”Selain itu, ketika kerajaan Sabah berusaha mengekang penularan wabak sama di negeri ini, PN menerusi Hamzah sibuk ulang-alik untuk menarik Adun dari Sabah bagi tujuan menggulingkan kerajaan negeri yang dipimpin Warisan Plus,” katanya.


Ketika ini, Razeef berkata, rakyat benar-benar memerlukan seorang perdana menteri yang prihatin dengan masalah rakyat, bukannya seorang 'abah' yang sibuk berebut kuasa.


”Sekali lagi saya menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk mengambil tanggungjawab penuh seperti anak jantan dengan melepaskan jawatan atas kegagalan mereka serta kegilaan untuk mengguling kerajaan ketika negara berdepan wabak Covid-19.


”Malaysia memerlukan seorang perdana menteri yang boleh memimpin, bukan seorang ‘abah’ yang hanya tahu membuat perutusan khas," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page