top of page

Kerajaan PN dituntut jelaskan langgan khidmat syarikat siber Israel



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjelaskan isu kontroversi penglibatan Malaysia melanggan perkhidmatan siber firma Circles, anak syarikat milik Israel, NSO Group.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, merujuk kenyataan media oleh Pertubuhan BDS Malaysia (BDS), kerajaan amat perlu memberi penjelasan penuh mengenai hubungan dengan syarikat Israel itu yang kini dihadapkan ke mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan jenayah penggodaman.


"Menurut laporan The Guardian bertarikh 22 Disember 2020, NSO Group berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah AS atas dakwaan menyediakan medium penggodaman untuk memperolehi maklumat bersasar secara tidak sah. Antara sasaran penggodaman adalah para diplomat, ahli politik, pejuang hak asasi manusia dan wartawan.


"Kajian oleh Citizen Lab dari Universiti Toronto, AS menunjukkan bahawa Malaysia merupakan antara pelanggan dan sebahagian daripada jaringan hub kepada sistem trafik milik Circles. Berpandukan kajian ini, Circles didakwa mengamalkan jenayah penggodaman sistem telefon bimbit seluruh dunia," kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, tuduhan ke atas Circles menyebabkan berlakunya kebimbangan awam berkenaan keselamatan siber di negara ini, dan berkemungkinan firma itu juga melakukan penggodaman serta menjual maklumat.


Selain itu, Syed Ibrahim turut menegur kerajaan PN kerana tidak konsisten dalam kempen memboikot hubungan dagang dengan Israel yang terus-menerus menindas rakyat Palestin.


"Perkara ini menimbulkan kebimbangan terkait ancaman terhadap sistem keselamatan siber dan telekomunikasi. Isu ini tidak boleh dipandang enteng mengambil kira faktor gangguan kepada ruang privasi individu dan ruang keselamatan komunikasi maklumat dalam negara.


"Tindakan melanggan khidmat firma NSO Group dari Israel juga bertentangan dengan prinsip dan dasar negara untuk tidak melakukan sebarang hubungan perdagangan dengan Israel dan entiti-entiti Israel. Perkara ini sudah tentu akan mencemarkan kelantangan suara dan usaha para individu, NGO dan kerajaan Malaysia sendiri terhadap kekejaman tingkah laku Israel terhadap penduduk Palestin," katanya lagi.


Sehubungan itu, Syed Ibrahim menggesa kerajaan melalui Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menyiasat dan memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.


Katanya, dalam era digitalisasi dan komunikasi digital, ancaman serangan terhadap keselamatan siber wajar dipandang serius kerana ia melibatkan sektor pertahanan, ekonomi dan hubungan negara.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page