Kerajaan PN belanja RM600 bilion, hutang negara akan menggunung - Azan



Kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membelanjakan RM600 bilion dalam lebih setahun menangani Covid 19 dijangka akan menyebabkan ekonomi negara bertambah tenat pada masa hadapan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, belum pernah dalam sejarah kerajaan berbelanja sebegitu besar namun hasilnya negatif manakala kes Covid 19 dan ekonomi tetap juga tidak menentu.


"Perbelanjaan RM600 bilion dalam masa setahun ini mencatat sejarah kerana sejak merdeka tidak pernah ada perbelanjaan begini besar


"Belanjawan RM300 bilion dan untuk menangani Covid ditambah pula RM300 bilion lagi.


"Kerajaan tebuk atap dengan pintu belakang ini memang tidak boleh diharap mengurus ekonomi kerana baru 4 bulan dalam tahun 2021 perlu minta lagi peruntukan tambahan (untuk membeli vaksin).


"Tetapi kesan besar ke atas ekonomi tidak nampak. Harga barang tetap mahal, rakyat tetap susah. Pengangguran meningkat, peluang pekerjaan tidak boleh dicipta


"Rasanya RM600 bilion itu kalau ditambah RM400 bilion lagi pun tidak akan jadi apa (dengan kelemahan yang ada)," katanya.


Baru-baru ini negara dikejutkan dengan ucapan Muhyiddin bahawa kerajaan beliau telah membelanjakan sekitar RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan.


Bagaimanapun Muhyiddin tidak menyebut secara spesifik tahun dan untuk kegunaan apa wang sebanyak itu dibelanjakan.


Pembangkang serta pimpinan Umno menyerang beliau dan meminta butiran lanjut mengenai perbelanjaan berkenaan sama ada digunakan dengan cara yang betul atau wujud penyelewengan.


Bagi Azan, apa yang pasti hutang negara akan bertambah tinggi dengan cara berbelanja boros pentadbiran Muhyiddin tersebut.


"Dengan sedia ada hutang negara RM1 trilion, dia akan mencapai kadar yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia. Mungkin hutang kita bertambah secara drastik menjelang hujung tahun.


"Mungkin hutang negara akan meningkat kepada hampir RM 2 trilion siapa tahu," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER