top of page

Kerajaan PN asyik main politik, pelaburan asing merosot 68%



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hampir memasukki usia setahun ditubuhkan terbukti hanya pandai bermain politik apabila rekod menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot 68% sepanjang tahun lalu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, kelembapan kerajaan PN menarik FDI itu melengkapkan satu demi satu kegagalan perancangan ekonomi sejak tampuk pemerintahan dirampas daripada Pakatan Harapan.


Kata Akmal, keadaan itu diburukkan lagi dengan kenyataan orang kanan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali bahawa pelaksanaan darurat tidak menjejaskan keyakinan pelabur, sedangkan banyak pelabur telah meninggalkan negara.


"Memetik laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) bagi tahun 2020, Malaysia diletakkan dalam kalangan negara ASEAN yang mengalami kemerosotan FDI sebanyak 68 peratus dengan hanya mampu menarik pelaburan sekitar AS$2.5 bilion.

 

"Sudah pasti penularan wabak Covid-19 akan menjadi alasan utama bagi menjustifikasi kemerosotan ketara ini. Namun ia masih tidak dapat menafikan kegagalan pentadbiran kerajaan PN kerana negara ASEAN lain masih mampu mengawal kemerosotan yang ketara, malah Filipina menunjukkan prestasi yang baik dengan peningkatan FDI sebanyak 29 % pada tahun lepas.

 

"Ini memberi isyarat jelas bahawa pelabur sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang mampu menarik minat mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, terdapat bukti pelabur yang bertapak sejak sekian lama di negara ini telah menarik keluar modal dan memindahkan operasi ketika kerajaan PN memerintah.


"Contohnya, Syarikat Hyundai yang beribu pejabat di Malaysia bagi kawasan Asia Pasifik yang turut menempatkan Hyundai Training Academy akan berpindah ke Indonesia dan sebelum itu turut telah mengesahkan pelaburan bernilai AS$1.55 billion untuk pasaran Indonesia sehingga 2030.

 

"Hal ini memberi tamparan hebat buat Malaysia yang bercita-cita menjadi hab automotif serantau Asia Tenggara. Kesan terhadap kegagalan menarik pelaburan baru serta mengekalkan pelaburan sedia akan menjurus kepada penyusutan peluang pekerjaan serta peningkatan pembuangan pekerja yang semakin membimbangkan," katanya.


Pemberhentian pekerja dalam keadaan kerajaan masih diyakini, kata Akmal, boleh ditampung dengan kemasukan pelaburan baharu yang membuka kilang atau peniagaan. Malangnya pada era PN, terlalu sedikit peluang pekerjaan baharu dihasilkan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat secara mendadak.


"Merujuk data melalui Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), negara telah merekodkan seramai 99,696 orang pekerja diberhentikan sehingga 27 November 2020, walaupun Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah petunjuk jelas bahawa perancangan kerajaan gagal memberi penyelesaian dan penyakit kian membarah terutamanya apabila negara berhadapan PKP 2.0 dan darurat," katanya lagi.

 

Sehubungan itu, menurut Akmal kerajaan PN mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan menguruskan ekonomi yang terbukti dengan penurunan FDI antara yang terburuk dalam sejarah.


Mereka tidak boleh bersembunyi di sebalik proklamasi darurat, tatkala rakyat semakin teruk dihimpit krisis kehilangan kerja serta peniagaan yang memburuk.

 


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page