top of page

Kerajaan PN akan jatuh jika Belanjawan 2021 tidak dipinda


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya meminda beberapa peruntukan yang ditetapkan dalam Belanjawan 2021.


Beliau berkata, Belanjawan 2021 yang dirangka oleh kerajaan dibawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini berdepan risiko ditolak oleh ahli-ahli parlimen kerana terlalu banyak peruntukan yang boleh dipertikaikan.


"Saya menganggap kelulusan Belanjawan 2021 ini adalah undi percaya kepada kerajaan. Sekiranya ditolak oleh Dewan, anggaplah Perdana Menteri dan kerajaan hari ini hilang kepercayaan ahli-ahli parlimen.


"Saya berharap jika Menteri Kewangan sayangkan kerajaan PN ini dari ditolak, buatlah pindaan, dengar apa yang kami cakap, apa yang kami tuntut, apa suara rakyat.


"Jika tidak, akan jatuh kerajaan ini pada 26 Nov minggu depan," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.


Dalam ucapan, Hassan mempersoalkan beberapa peruntukan dalam kerajaan termasuklah peruntukan untuk Covid-19 yang hanya ditetapkan sebanyak RM17 bilion sahaja iaitu lima peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2021.


Beliau mencadangkan supaya perbelanjaan pembangunan sebanyak RM71 bilion dipinda dengan mengekalkan jumlah RM50 bilion seperti tahun-tahun sebelum ini.


"Kalau nak lawan Covid-19 peruntukan perlu ditambah, jadi saya cadangkan peruntukan pembangunan dikekalkan kepada RM50 bilion.


"Dengan RM19 bilion, kita boleh tambah kepada peruntukan asal RM17 bilion, kita akan ada RM36 bilion.


"RM3 bilion boleh guna untuk vaksin dan RM3 bilion lagi untuk saringan besar-besaran, RM10 bilion untuk naik taraf operasi kesihatan.


"Lebihan RM20 bilion lagi boleh digunakan untuk teruskan subsidi upah, kita bagi wang kepada rakyat yang perlu, bagi pekerja yang terjejas supaya mereka tak payah keluarkan wang KWSP," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page