Kerajaan Perpaduan bukan janji kosong, disusul kebertanggungjawaban
- Redzuan Shamsudin
- Jul 16, 2023
- 1 min read

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pelbagai janji akan ditabur kepada pengundi.
Namun hal itu kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abd Halim berbeza dengan Kerajaan Perpaduan yang akan mengotakan janji selepas musim piliharaya.
"Dalam musim pilihan raya negeri biasa kerajaan nak buat itu ini. Tetapi janji kebertanggungjawaban kita untuk lebih berhati hati
"Kita boleh guna cara lama, 'saya janji padang ini jadi padang sintetik'. Tetapi adakah kita boleh bertanggungjawab ke atas apa yang kita cakap itu?
"Adakah betul kerajaan ada kemampuan buat perkara tersebut. Inilah beza kerajaan hari ini dan semalam," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah, malam tadi.
Dalam pada itu, Adam menyeru agar anak muda lebih kuat bekerja dalam PRN kali ini.
Katanya, anak muda yang lantang mahu ambil peranan lebih banyak, lebih banyak calon dalam PRN maka anak muda perlu menunjukkan mereka mampu bekerja lebih kuat.
"Sekarang menuntut kita terjemahkan (laungan, permintaan) dan zahirkan dalam bentuk kerja.
"Orang muda kena lantang, berani namun bila diberi peranan kena buktikan. Kita tuntut kedudukan lebih, calon lebih banyak. Tetapi harus kita buktikan kita mampu mengggalas tanggungjawab tersebut," katanya lagi.
Commentaires