Kerajaan Perpaduan berjaya elak Shell tutup 40 stesen minyak di Sabah
- Redzuan Shamsudin

- Oct 6, 2023
- 2 min read

Kerajaan Perpaduan ternyata amat prihatin menangai isu lonjakan kos operasi 40 stesen minyak Shell di Sabah yang dijadualkan akan ditutup.
Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan telah bertindak ke atas masalah peningkatan kos logistik Shell tersebut dan bakal menyebabkan puluhan ribu penduduk luar bandar terjejas andainya stesen minyak di kawasan mereka dihenti operasi.
"Pada 2 Jun 2023, Shell telah memaklumkan KPDN bahawa mereka terpaksa menutup 40 stesen minyak di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dalam Fasa 1 bermula Januari 2024, dan 16 stesen minyak dalam Fasa 2 bermula Oktober 2024.
"Keputusan awal tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kos logistik yang amat tinggi.
"Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan seterusnya mendapat perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan.
"Pada masa yang sama, sekumpulan pengusaha-pengusaha stesyen minyak Shell di Pantai Timur Sabah juga telah menemui saya dan memohon memanjangkan memorandum rayuan mereka kepada Kerajaan. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah juga pernah membangkitkan isu ini secara rasmi kepada Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan.
Justeru, kata beliau, KPDN amat mengalu alukan keputusan pihak Shell tidak meneruskan tindakan menutup stesen minyak syarikat itu setelah berunding dengan kerajaan.
"KPDN mengalu-alukan keputusan Shell Timur Sdn Bhd untuk menarik semula perancangan awal penutupan operasi stesen-stesen minyak mereka di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan. Keputusan ini dimaklumkan kepada KPDN melalui sepucuk surat bertarikh 3 Oktober 2023.
"Keputusan terkini Shell ini dapat memastikan kelancaran dan keterjaminan bekalan minyak petrol dan diesel bagi para penduduk di Malaysia Timur (terpelihara)," katanya.
Selain itu, menurut beliau, Shell juga memberikan komitmen untuk terus terlibat membekalkan produk bekalan api berkualiti tinggi di Sabah, Sarawak & W.P Labuan.
Termasuklah menawarkan perkhidmatan pilihan peruncitan bukan bahan api seperti Select Shop dan Deli-ToGo di stesen-stesen runcit mereka.




Where Will the consumers get petrol when the pumps see a closing ceremony.