top of page

Kerajaan perlu tegas bendung jenayah femicide - NGO wanita



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap kerajaan perlu memberikan lebih banyak perhatian terhadap perlakuan jenayah femicide dan mengambil langkah segera untuk membendungnya.


Hal itu dicapai dalam sidang meja bulat Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME), Pertubuhan Lead Up Malaysia dan Kempen Wanita Sayangi Diri yang diadakan dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia kelmarin.


Menurut satu kenyataan, sidang meja bulat itu mencapai beberapa resolusi yang antaranya menyeru agar masyarakat diberi lebih kesedaran mengenai jenayah femicide, iaitu satu perlakuan kekerasan terhadap wanita sehingga ke tahap membunuh hanya kerana gender.


"Femicide berakar umbi dari salah faham akan peranan dan tanggungjawab gender (gender role) dan masyarakat perlu diberi faham berkaitan subjek ini dengan lebih komprehensif melalui sudut pandang hak asasi manusia, agama dan budaya


"Pengurusan emosi merupakan salah satu perkara penting dalam membendung jenayah femicide. Keperluan kepada pendidikan pengurusan emosi dan kesihatan mental di sekolah mahupun di rumah menjadi satu perkara yang harus dititikberat oleh semua pemegang taruh


"Jenayah femicide ini merupakan suatu jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa bunuh. Keselamatan wanita perlu diberi penekanan dalam ruang sosial di persekitaran fizikal mahupun maya (media sosial)," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, kefahaman jenayah femicide perlu disebarluaskan dalam masyarakat supaya pengetahuan dan informasi yang sebenar meluas.


Kata kenyataan itu, ketidak fahaman terhadap femicide menyebabkan perlakuan jenayah itu mungkin kurang disedari oleh masyarakat.


"Keluarga sebagai institusi nukleus utama dalam masyarakat perlu diberdaya dengan sekukuhnya agar menjadi benteng dalam menangani isu-isu sosial yang melingkari dalam masyarakat termasuklah jenayah berasaskan gender dan keganasan rumahtangga," katanya.


Tegas kenyataan itu lagi, semua pemegang taruh termasuklah kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, badan masyarakat sivil (NGO) dan pempengaruh perlu berganding bahu dalam melakukan advokasi, kesedaran dan pembuatan polisi melalui pendekatan whole-of-society khususnya dalam aspek kesejahteraan sosial masyarakat dalam hal jenayah femicide itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page