'Kerajaan perlu lebih saintifik urus banjir, lepas air empangan sebelum hujan bermula'



Kerajaan BN perlu menggunakan kaedah lebih saintifik dalam pengurusan banjir mendepani era perubahan iklim (climate change) serta menggunakan formula terkini bagi mengelakkan kehilangan jiwa sebagaimana peristiwa banjir besar pada pertengahan Disember lalu.


Menurut Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, banjir akan berlaku apabila air hujan (Rf) ditambah air yang dikeluarkan dari empangan (D) melebihi tadahan (H atau kapasiti simpanan) kawasan tadahan dan air larian (Ro) (sistem saliran, dasar sungai dan lain lain) .


Katanya, apabila Rf+D>H+Ro bergabung maka air akan melimpah dan membanjiri kawasan tanah pamah.


"Jabatan Meteorologi sepatutnya memberikan anggaran atau unjuran berbeza hujan di kawasan tadahan 3 hari lebih awal dan mengarahkan pelepasan air yang dijadualkan dari empangan sebelum hujan bermula


"Kementerian Alam Sekitar juga harus mengumpul data mengenai kapasiti pegangan (air disimpan dalam tanah) di kawasan tadahan air dan mengira berapa banyak ia hilang akibat pembalakan atau aktiviti manusia lain.


"Mereka perlu membina kolam penahan jika diperlukan untuk mengekalkan kapasiti pegangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, Mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia itu juga berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus menggalakkan pembangunan konsep ‘bandar span’ dalam pembangunan supaya kapasiti air dapat diserap di dalam tanah sebelum memasuki sistem perparitan.


"Penjagaan sistem perparitan dan dasar sungai mesti menjadi amalan rutin Jabatan Saliran dan Pengairan terutamanya semasa tempoh sebelum musim hujan, sebelum waktu hujan lebat


"Rf+D>H+Ro bukanlah sains roket. Ia adalah model matematik mudah untuk tebatan banjir.


"Definisi kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza," katanya lagi.


Tegas beliau, kabinet 'tidak waras' jika mereka fikir dengan mengulangi apa yang telah dilakukan sejak 60 tahun lalu akan menamatkan penderitaan manusia akibat banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER