top of page

Kerajaan perlu bela nasib pemandu e-hailing, beri suntikan vaksin Covid 19


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil langkah pantas membela nasib pemandu e-hailing dan pemandu servis penghantaran makanan food-rider dengan mempercepatkan proses vaksinasi kepada mereka.


Pemuda Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan menegaskan golongan terebut dan pemandu pengangkutan awam konvensional seperti perkhidmatan teksi, bas dan sebagainya telah berhempas pulas menyediakan perkhidmatan terbaik dalam suasana lockdown dan pengorbanan mereka perlu dihargai.


"Mereka ini sebahagian daripada frontliner yang berhempas pulas memastikan ekonomi kalangan rakyat terus berjalan walaupun dalam fasa lockdown.


"Mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyebaran wabak Covid-19 seperti mana pekerja industri yang lain. Dengan pelaksanaan progam vaksinasi fasa keempat yang bermula pada bulan ini, seharusnya pihak kerajaan memasukkan mereka ke dalam fasa ini bersama-sama dengan pekerja industri sebagai langkah pencegahan wabak Covid 19," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga perlu memperbaiki nasib golongan pemandu e-hailing, penghantar makanan dan pemandu pengangkutan awam konvensional dengan mengkaji semula tahap komisen, upah dan potongan kebajikan mereka yang sering menjadi pertikaian antara majikan - pekerja seperti sebelum ini.


"Merujuk kepada kenyataan terbaru pihak kerajaan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) yang menjanjikan bantuan secara “one-off payment” bernilai RM500 kepada hampir 100,000 pemandu teksi, bas, dan juga servis “e-hailing”, kami dapati bahawa masih terdapat ruang penambahbaikan supaya nasib mereka terbela.


"Oleh itu, selain daripada pemberian bantuan “one-off”, kerajaan juga seharusnya mengkaji semula kadar potongan komisyen terhadap syarikat-syarikat “e-hailing”.


"Kadar terkini yang memotong hampir 20% daripada bayaran kepada pemandu dilihat agak tinggi dan membebankan para pemandu “e-hailing”. Cadangan kami adalah supaya kadar potongan komisyen ini dikurangkan kepada 15%. Hal ini dapat membantu meringankan beban para pemandu dalam menghadapi era pandemik ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PH Shazni Munir Mohd Ithnin, Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan, Howard Lee dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page