top of page

Kerajaan P Pinang sumbang RM3.17 juta kepada Sekolah Agama Rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 31, 2022
  • 2 min read


Walaupun sering difitnah menindas orang Melayu dan agama Islam, Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang terus membuktikan bahawa dakwaan itu tidak berasas.


Baru baru ini, Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Tuan Chow Kon Yeow menyampaikan inisiatif Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM3,170,138 kepada 333 institusi pendidikan Islam di negeri itu.


Pemberian insentif tersebut adalah bagi membantu pihak sekolah menyediakan ekosistem yang lebih baik sekali gus memangkin lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.


"Walaupun bidang pendidikan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri masih melaksanakan apa yang terdaya dan sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama baik dalam memastikan aspek penting ini sentiasa diberikan keutamaan.


"Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha memberikan yang terbaik tanpa meminggirkan mana-mana golongan atau kelompok kerana kita semua perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negeri.


"Justeru, komitmen dan langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memartabatkan bidang pendidikan termasuk institusi pendidikan Islam adalah sangat bertepatan, selaras dengan Visi Penang2030 untuk membina masa depan Pulau Pinang yang lebih baik," katanya pada Majlis penyampaian bantuan itu di Bayang Lepas.


Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zulkifli Rashid; Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Roslan Ahmad dan Ketua Pengarah Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Amran Hazali.


Pada majlis itu, Chow turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM302,500 kepada 605 huffaz Al-Quran dan Ilmu Hadis di negeri ini yang mana masing-masing akan menerima RM500.


"Semoga dengan sedikit insentif ini akan dapat membangkitkan semangat para huffaz untuk mengekalkan kepakaran serta kecemerlangan yang cukup baik ini.


"Malah, saya juga dimaklumkan bahawa pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) sedang melaksanakan program Iltizam Huffaz iaitu kelas persediaan khas untuk pelajar tahfiz bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Oleh itu, Kerajaan Negeri mencadangkan agar para huffaz dapat meneroka potensi ini yang dijalankan secara percuma oleh YIPP dengan bantuan ZPP sebagai salah satu nilai tambah positif untuk kemajuan diri dan institusi pendidikan Islam secara keseluruhannya," serunya.


Beliau turut memaklumkan pada tahun 2023, sebanyak RM3,500,138 telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama.


"Kerajaan Negeri berharap proses penyampaian bantuan ini dapat dipercepatkan pada tahun hadapan," ujarnya dipetik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page