top of page

Kerajaan Negeri Sembilan utamakan ketelusan pembahagian projek MARRIS



Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun mengutamakan soal ketelusan dalam pemberian projek pembaikan jalan raya di bawah MARRIS.


Baru baru ini berlangsung proses cabutan undi kepada kontraktor yang terpilih untuk projek berkenaan yang dilakukan oleh MB sendiri.


Aminuddin berkata, projek MARRIS tahun ini menyediakan peruntukan setiap satunya tidak melebihi RM100,000 dan tidak kurang dari RM80,000.


Kerajaan Negeri katanya, telah meluluskan 326 bilangan kerja di seluruh Negeri Sembilan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM32.135 juta


"Bagi pengundian fasa satu ini, sebanyak 1,403 kontraktor daripada 2,214 kontraktor berdaftar memenuhi syarat yang ditetapkan.


"Pengundian projek dijalankan sebegini bagi memastikan projek-projek ini tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak,” kata Aminuddin.


Beliau mengharapkan para kontraktor terpilih akan melaksanakan projek dengan sebaik baiknya bagi menjamin kualiti jalan raya di negeri itu.


"Besarlah harapan saya kontraktor yang terpilih dapat memberikan perkhidmatan terbaik, sesuai dengan amanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.


"Pihak kontraktor harus sentiasa memberi perhatian terhadap isu keselamatan agar keselamatan pekerja di tapak binaan dan orang awam lebih terjamin,” katanya lagi.


Beliau berkata demikian dalam Program Cabutan Kerja Undi Penyenggaraan Jalan di Bawah Peruntukan MARRIS Negeri Sembilan Tahun 2022 Fasa 1 yang diadakan secara Live Streaming di Wisma Negeri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page