Kerajaan Negeri lancar SelVAX untuk vaksinasi rakyat Selangor

Updated: Jul 1


Kerajaan Negeri hari ini dengan rasmi melancarkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) bagi mempercepatkan kadar vaksinasi penduduk Selangor sekaligus melengkapi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 2.5 juta dos vaksin ditempah bagi tujuan SelVAX.


Katanya, inisiatif SelVAX dibagikan kepada dua kategori iaitu SelVAX Komuniti dan SelVAX Industri.


"Kerajaan Negeri mengkhususkan 500,000 dos vaksin melindungi 250,000 warga Selangor melalui usaha SelVAX Komuniti secara percuma.


"Kumpulan sasaran SelVAX Komuniti adalah warga emas dan kumpulan B40 dalam kalangan penerima Inisiatif Peduli Rakyat seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Peduli Sihat, serta kategori lain yang akan ditentukan kelak berdasarkan keperluan.


"Bagi SelVAX Industri pula, ianya didorong data dan angka terkini yang menunjukkan sepanjang bulan Jun 2021, 91% kluster di Selangor berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% Kluster Perkilangan dan 11% Kluster Tapak Bina, bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini.


"Kerajaan Negeri turut menyediakan 2 juta dos vaksin bersamaan 1 juta pekerja, termasuk pekerja asing. SelVAX Industri kritikal untuk memastikan ekonomi negeri dapat berjalan dengan selamat, tidak terdedah kepada ketidaktentuan keadaan, sekaligus menjamin pekerjaan bagi warga di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini


Bagi SelVAX Industri, kata Amirudin, perolehan vaksin hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu.


Katanya, syarikat yang mengambil bahagian tidak dibenarkan mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.


"Ini termaktub dalam perjanjian dan borang ‘consent form’. Tindakan undang-undang boleh diambil kepada para majikan yang mengenakan caj bayaran kepada para pekerja," kata Amirudin.


Menurut MB lagi, program SelVAX akan dijalankan oleh Selgate Healthcare, entiti di bawah Kerajaan Negeri dan mensasarkan tambahan sehingga kapasiti 43,500 dos vaksin sehari melalui lebih daripada 22 Pusat Pemberian Vaksin (PPV), dewan komuniti, PPV bergerak dan Klinik serta Hospital Swasta yang melibatkan sekitar 5 ribu orang tenaga kerja perubatan dan bukan perubatan, dengan sejumlah 1,228 klinik panel yang akan digerakkan bagi melengkapkan usaha imunisasi di Selangor.


PPV Mega terletak Tropicana Gardens Mall, Kota Damansara; Evo Mall, Bangi; Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya; De Palma Hotel, Shah Alam serta Aurora Mall, Bukit Jalil.


"Ini memenuhi jangkaan yang disebut oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk mencapai masing-masing 135,000 dos vaksin menjelang Julai dan 165,000 dos vaksin harian menjelang Ogos.


"Semua data penerima vaksin akan diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan tiada pertindihan data janji temu serta pensijilan vaksin.


"Perlu diingatkan SelVAX adalah inisiatif Kerajaan Negeri membeli sendiri vaksin daripada pembekal bagi mempercepatkan ‘herd immunity’ dan bukannya dari bekalan vaksin sedia ada yang diperoleh dari Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.


Menurut kenyataan itu, seramai 250,000 rakyat Negeri Selangor akan menerima vaksin secara percuma ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.


Maklumat lanjut mengenai inisiatif SelVAX tersedia dengan melayari layari vax.selangkah.my atau layari laman media sosial

FB: https://www.facebook.com/Selangorvax

TWT: https://twitter.com/selangorvax

IG: https://www.instagram.com/selangorvax/


Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-800-22-6600 sekiranya menghadapi hadapi sebarang masalah, atau menerusi platform-platform yang tertera.


Untuk rekod, SelVAX merupakan inisiatif vaksinasi terbesar yang pernah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di Malaysia.


Sekiranya usaha ini berjaya maka Selangor tidak lagi menjadi penyumbang kes Covid harian tertinggi, di atas 1,500 kes sehari, sekali gus akan memacu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat atau PKP Pemulihan ke seluruh Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER