top of page

Kerajaan negeri Kedah perlu agresif tangani Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 2, 2021
  • 1 min read

ADUN Suka Menanti, Zamri Yusuf menyifatkan kerajaan negeri Kedah perlu lebih agresif dalam menangani bilangan kes Covid-19.


Beliau berkata, ini kerana Kedah antara penyumbang kenaikan kes di seluruh negara.


"Dukacita dengan pertambahan hampir 9 ribu untuk 1 bulan, menyamai pertambahan 11 bulan sebelum. Jauh berbanding 96 kes untuk 5 bulan penularan diawal penularan.


"Tindakan dan pendekatan kerajaan Kedah juga harus segera agresif jika tidak mahu dihanyutkan oleh gelombang arus Covid-19," katanya.


Beliau juga menganggap PKP 1.0, 2.0, 3.0, 4.0, adalah sekadar pendekatan sementara.


"Realiti sebenar adalah kemampuan pendekatan dan SOP ketika kehidupan dunia terbuka," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page