top of page

Kesal Kerajaan Negeri batal projek Melaka Gateway tanpa sebab


Pemaju projek Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) menempelak tindakan kerajaan negeri Melaka yang membatalkan projek mega tersebut pada 16 November lalu tanpa sebarang alasan kukuh.


Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas KAJD, Datuk Michelle Ong berkata kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) menyerahkan surat penamatan bagi Perjanjian Tebus Guna Tanah.


Malah katanya, pegawai UPEN turut bertindak melekatkan notis penamatan di tapak pembinaan projek Melaka Gateway dan mengarahkan untuk mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 14 hari.


"Kami menganggap tindakan kerajaan negeri Melaka itu satu pelanggaran undang-undang, tidak sah, tidak adil, tidak munasabah dan melanggar perlembagaan negeri.


"Kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata mahu melindungi rakyat, membantu perniagaan dan mengukuhkan ekonomi, tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini jelas bertentangan tanpa mempertimbangkan nasib para pekerja yang bergantung kepada projek ini yang menjadi sumber pendapatan mereka," katanya dalam sidang media.


Michelle juga menganggap pembatalan projek Melaka Gateway akan memberi kesan besar kepada negara secara keseluruhan.


“Ini adalah projek nasional, tindakan kerajaan negeri bukan sahaja akan merosakkan perancangan projek tetapi juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur asing terhadap Malaysia.


“Kami berharap kerajaan negeri Melaka dan kerajaan persekutuan memberikan pertimbangan sewajarnya dan mengambil tindakan terbaik untuk negara,” katanya.


Projek Melaka Gateway merupakan projek mega berstatus projek nasional yang dilaksanakan oleh KAJD atas konsesi tebus guna tanah yang diberikan dan ditandatangani oleh kerajaan negeri pada 4 Oktober 2017.


Projek itu akan membangunkan tiga buah pulau buatan manusia seluas 609 ekar tanah yang terletak secara strategik di Selat Melaka dan memakan kos sehingga RM700 juta.


Pulau pertama akan dijadikan pusat pelancongan, pulau kedua akan menjadi sebuah pusat teknologi atau ‘Smart City’ dan pulau ketiga akan menjadi sebuah pelabuhan laut dalam di negeri itu.


Projek yang sudah lengkap 40 peratus ketika ini dijangka akan mencipta lebih 40,000 peluang pekerjaan dan menyumbang sehingga RM125 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Projek ini dibina dalam tempoh 10 tahun dan dijangka siap pada 2028.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page