Kerajaan naikkan elaun khas Pasukan Bomba Sukarela RM3,000
- Suara Keadilan
- Mar 1, 2023
- 1 min read

Sebagai menghargai jasa dan peranan Pasukan Bomba Sukarela (PSB), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan kenaikan elaun khas pasukan itu daripada RM1,500 kepada RM3,000 tahun ini.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata peningkatan elaun sebanyak 100 peratus itu adalah sebagai tanda pengktirafan kerajaan kepada khidmat disumbangkan 357 pasukan bomba sukarela di seluruh negara yang menjalankan kerja secara sukarela tanpa gaji dan elaun.
"Kita akan mempertimbangkan untuk peningkatan (elaun) lagi pada tahun hadapan bergantung kepada keadaan kewangan negara," katanya dalam satu sidang media.
Beliau sebelumnya hadir merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling di Kuala Lumpur.
Menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima peruntukan RM206.64 juta bagi memperkasakan perkhidmatan 'wira merah' itu.
Ketika mengulas peruntukan itu, Kor Ming berkata sejumlah RM46.51 juta bakal disalurkan bagi perolehan peralatan, RM18.2 juta untuk perolehan kelengkapan kebombaan dan 12 ekor anjing pengesan, serta RM129.93 juta bagi pembinaan serta menaik taraf balai bomba.
Kerajaan juga jelasnya mensasarkan penyiapan 15 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Comments