top of page

'Kerajaan mesti jaga ekonomi, bawa pelabur masuk'



Kerajaan Negeri yang mentadbir Johor perlu diubah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac nanti.


Hal itu, menurut Presiden KEADILAN kerana kerajaan sedia ada tidak mampu menarik pelaburan masuk dan ekonomi negeri tidak beerkembang.


"Saya tanya di Kukup, Pekan Nanas, Johor Bahru, nombor satu isu ekonomi. Menteri mesti tau jaga negeri, bawa pelaburan masuk.


"Kita mahu anak anak tak perlu pergi Norway cari kerja. Tadi ada seorang anaknya ke Norway. Kalau negeri ini baik dia tak perlu ke sana. Tetapi dia tak ada pilihan kerana pemimpin mahau jaga diri saja, bukan jaga negeri.


"Kalau kita tak mau politik, semua orang politik sama. Orang Cina tak mahu, Melayu kata biarlah... Umno yang menang. Kalau Umno boleh buat kerja ok lah. Tetapi sudah 60 tahun jaga negeri, curi sana curi sini. Sebab itu kita kena tentukan.


"Terutama yang muda muda, kamu tentukan negeri ini siapa perintah. Kalau ambil mudah, Umno perintah. Saya sejak 1998 lawan habis habisan Umno sebab kita mahu selamatkan negeri," katanya dalam majlis santai di sebuah restoran Cina di DUN Kukup, petang semalam.


Tambah Anwar, kerajaan Johor sepatutnya telah lama berunding dengan Putrajaya dan kerajaan Singapura untuk membuka laluan di kedua belah negara bagi memudahkan rakyat mencari pekerjaan atau berurus niaga.


"Kita sudah lama tunggu, ekonomi tak jalan. Orang politik atas gaduh, lawan semua, dia senang cari makan. Rakyat cari makan susah. Menteri cari makan projek dapat, tetapi kita kerja susah.


"Kita kalau nak jaga Johor, laluan Singapura kena buka. Orang mau cari makan. Mahu buat SOP, test ok, pakai pelitup muka 24 jam ok. Kalau boleh kerja ekonomi naik balik," katanya lagi.


Dalam majlis itu calon KEADILAN DUN Kukup, Mohd Zaiful Bakri diperkenalkan kepada pengundi dan beliau memberikan sedikit ucapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page