Kerajaan Malaysia perlu lawan tuntutan pewaris kesultanan Sulu atas aset negara



Tuntutan pewaris kesultanan Sulu sebanyak RM62 bilion yang dibenarkan oleh mahkamah Perancis dan menyebabkan aset Petronas di luar negara disita semalam sewajarnya ditanggapi secara serius oleh kerajaan Malaysia.


Kenyataan sebelum ini bahawa Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mahkamah di Perancis berdasarkan kedaulatan Sabah yang diakui oleh antarabangsa ternyata tidak membantu.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Mersing, Omar Mokhtar A Manap, pemimpin negara seharusnya memberikan maklum balas yang lebih meyakinkan mengenai keputusan mahkamah tersebut dan bertindak menyekatnya.


Walaupun Malaysia beralasan ianya bukan kontrak komersial namun pelanggaran kontrak sewaan antara kerajaan Malaysia dan pewaris sultan Sulu yang dibuat pada era Perdana Menteri Najib Razak selepas pengganas Sulu menyerang Sabah pada 2013 sepatutnya dikaji sama ada mempunyai implikasi kepada negara.


"Isu tuntutan 62 bilion dari pewaris kesultanan Sulu bermula apabila Kerajaan Malaysia tidak lagi meneruskan bayaran tahunan mengikut perjanjian 1878 sejak 2013.


"Betul kita semua sedia maklum pengganas Sulu ceroboh Sabah pada tahun tersebut tetapi hal tentang bayaran ini satu cerita berbeza.


"Boleh nampak Najib gelabah (ketika ini dan) cepat-cepat tuding jari untuk gelapkan cerita mengenai punca tuntutan dari pewaris Sulu ini dibuat.


"Ini hal kedaulatan dan patriotik kepada negara, jauh merentasi hal kepartian (Umno dan Najib)," katanya.


Oleh itu, Omar mencadangkan agar kerajaan Malaysia melawan balik keputusan mahkamah Perancis itu di Mahkamah Antarabangsa dan tidak membiarkan aset negara dirampas oleh pewaris kesultanan Sulu.


"Kerajaan perlu lawan balik kes ini di Mahkamah Antarabangsa


"Juga segerakan Sidang Khas Parlimen agar suatu penerangan jelas tentang hal ini dapat dibentang dan cadangan serta perbahasan wakil rakyat dapat dilakukan.


"Ini soal negara, rakyat jangan hanyut dengan dakyah Najib untuk mengheret minda mereka hingga terperangkap dengan sentimen politik jijik dia demi tenggelamkan realiti sebenar (kecuaian beliau pada 2013) yang berlaku," katanya.


Semalam, pewaris kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia telah merampas dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.


Peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.


Proses timbang tara dimulakan oleh pewaris kesultanan Sulu sejak beberapa tahun lalu sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia menolak meneruskan pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.


Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan pertikaian antara Malaysia dan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER