top of page

Kerajaan MADANI susun dakwah lebih tersusun, lahirkan masyarakat insani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 23, 2025
  • 1 min read

Dr Zulkifli (kanan) menerima kunjungan Ust Abdul Somad (kiri) di di Kompleks Islam Putrajaya
Dr Zulkifli (kanan) menerima kunjungan Ust Abdul Somad (kiri) di di Kompleks Islam Putrajaya

Kerajaan MADANI menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus bekerjasama dengan para ulama dari luar negara bagi memperhebat kerja-kerja dakwah dan memperkukuh pembentukan fikrah masyarakat Islam di Malaysia.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, jalinan kerjasama itu penting dalam usaha membina masyarakat yang bukan sahaja berakhlak dan beradab, malah memiliki pemikiran yang dinamik, progresif serta berteraskan nilai Islam yang berkemajuan dan bertamadun.


"Perbincangan bersama para ulama ini menjadi pemangkin kepada penyusunan gerak kerja dakwah yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat," katanya dipetik.


Dr Zulkifli berkata begitu kepada media selepas menerima Kunjungan Mahabbah pendakwah nusantara Ustaz Abdul Somad dan Tokoh Bidang Tafsir dan Ulum Quran Syeikh Dr Khalil Ismail Eliyas di Kompleks Islam Putrajaya pada Isnin.


Mengulas lanjut beliau berkata, JAKIM melihat pelbagai ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan termasuk dalam bidang pendidikan, pembinaan adab dan akhlak serta pembentukan fikrah masyarakat yang seimbang dan sederhana.


Masyarakat hari ini jelasnya memerlukan pembentukan fikrah yang wasatiyyah (sederhana), ihsani dan berteraskan nilai kemanusiaan serta kasih sayang agar Islam terus difahami sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.


"Jadi, perbincangan-perbincangan kami dengan ulama ini adalah untuk menjadi pemangkin supaya kami dapat menyusun atur gerak kerja yang lebih baik dalam memperkasakan lagi agenda dakwah dalam masyarakat," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page