top of page

Kerajaan MADANI selesaikan 9 tuntutan MA63

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14
  • 1 min read


Sebanyak 9 tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah diselesaikan oleh Kerajaan MADANI setakat ini.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyelesaian itu termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).


Selain itu menurutnya, penyelesaian turut melibatkan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.


"Perkara lain yang diselesaikan ialah penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah, pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, serta penyediaan garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Kenyataan itu menyusul Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPM63) yang pertama untuk Tahun 2025 dipengerusikannya di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.


Sementara itu Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air juga Kerajaan MADANI juga telah menyelesaikan penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah serta cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubah suaian bagi Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan.


Kerajaan juga berjaya menyelesaikan penukaran status pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri, selain tenaga buruh di Sabah dan Sarawak.


"Di samping itu, pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak secara interim masing-masing telah dinaikkan sekali ganda kepada RM600 juta bermula pada tahun ini," katanya sambil menegaskan perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau oleh Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page