top of page

Kerajaan MADANI pro rakyat, laksana reformasi sebenar - Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman



Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengesahkan pendirian Kerajaan MADANI yang menggunakan mandat rakyat memperkukuh struktur negara, melindungi kehidupan rakyat dan membina masa depan berteraskan prinsip serta keberanian reformasi.


Wanita KEADILAN menegaskan, pengumuman termasuk pembayaran SARA RM100 kepada semua warganegara dewasa, pembayaran awal STR 2026, peluasan Jualan Rahmah MADANI ke setiap DUN, serta Bantuan Awal Persekolahan membuktikan kerajaan MADANI memahami realiti tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya terhadap wanita, ibu tunggal, penjaga keluarga dan isi rumah berpendapatan rendah adalah dasar yang amat pro rakyat.


"Langkah-langkah ini bukan bersifat sementara, tetapi disokong dasar ekonomi mampan seperti pengecualian cukai kepada PKS, pengurangan cukai perkhidmatan sewaan dan pendekatan berhemah dalam pelaksanaan e-Invois.


"Ini mencerminkan kerajaan yang membantu tanpa menghukum dan memacu pertumbuhan tanpa menekan rakyat," kata Ketua Biro Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Norhayati Umor (gambar) dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Selangor sementara itu menekankan bahawa reformasi institusi terus menjadi keutamaan kerajaan.


Ia diterjemah dengan tindakan berani seperti kenaikan gaji hakim selepas sedekad, pembentangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat, serta komitmen memisahkan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara.


"Dalam konteks reformasi negara, inilah perbezaan paling ketara antara Kerajaan MADANI dan kerajaan-kerajaan terdahulu.


"Reformasi adalah asas kepada negara adil, telus dan selamat untuk generasi akan datang, melindungi golongan paling lemah daripada penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan.


"Menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, rakyat telah dihadapkan dengan pilihan jelas: sama ada politik lama yang berteraskan sentimen dan janji kosong, atau politik reformasi yang terbukti berani berubah dan membina negara," tambahnya.


Norhayati dalam kenyataan sama menegaskan pendirian Wanita KEADILAN untuk terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI dalam mempertahankan kebajikan rakyat, keadilan sosial dan memastikan reformasi tidak dipatahkan oleh kepentingan politik sempit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page