top of page

Kerajaan MADANI pantau rapi banjir, bantuan disalur segera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi situasi banjir melanda beberapa negeri dan akan menyalurkan bantuan sebaiknya secepat mungkin.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran dia media sosial rasminya berkata, beliau amat terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini serta nasib mangsa yang terjejas.


Katanya, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tegasnya telah menyelaras tindakan segera bersama agensi berkaitan.


"Antaranya hebahan awal SMS kecemasan oleh MCMC, penyaluran bantuan kebajikan dan keperluan asas oleh JKM, serta pengoperasian pam kecemasan oleh JPS bagi mengawal paras air dan mengurangkan risiko banjir.


"Rakyat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga," ujarnya.


Berdasarkan data terkini Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) setakat malam Khamis, enam negeri dilanda banjir iaitu Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Sarawak membabitkan 13,419 mangsa yang berlindung di 95 PPS.


Dalam pada itu, Anwar menerusi hantarannya turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus di lapangan bagi membantu mangsa terjejas.


Beliau juga memohon orang ramai agar mendoakan supaya musibah tersebut segera reda dan mangsa banjir dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page