Kerajaan MADANI lulus RM450 juta RTB Sungai Baru di Melaka
- Suara Keadilan

- May 29
- 1 min read

Kerajaan Persekutuan meluluskan RM450 juta untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Baru, Masjid Tanah.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, projek sepanjang 15 kilometer dari Sungai Durian Daun ke muara Sungai Kuala Baru sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah banjir berulang di kawasan itu.
"Empat kolam takungan banjir dicadang dibina menerusi projek RTB ini
"Projek ini merupakan langkah jangka panjang yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir berulang di Masjid Tanah," katanya dipetik.
Ab Rauf sebelumnya meninjau Rumah Pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Alor Gajah pada Rabu.
November lalu, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan tujuh RTB sedang dilaksanakan pembinaannya di Melaka membabitkan peruntukan berjumlah RM1.006 bilion.
Menurutnya, selain pembinaan benteng-benteng bagi mencegah limpahan air ke kawasan rendah, turut dilaksanakan ialah projek membina kolam takungan banjir dan aliran air bagi memudahkan aliran ke sungai.
Sementara itu, Ab Rauf memaklumkan, pihak kerajaan negeri memperuntukkan RM3.3 juta untuk pelaksanaan projek segera oleh JPS Melaka, termasuk pemasangan rumah pam, pembinaan pencawang elektrik dan penyelenggaraan sungai.
Sementara dua pemulihan kolam takungan banjir di Durian Daun dan Solok Duku sedang berjalan, dengan kos keseluruhan RM1.85 juta dan dijangka siap Disember ini.









Comments