top of page

Kerajaan MADANI komited bela warga tani, perkukuh sekuriti makanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 4
  • 1 min read

DS Anwar menyempurnakan perasmian penutup Sambutan HPPNK 2025 sambil disaksikan Ketua Menteri Sabah DS Hajiji Noor (kiri) dan Menteri Pertanian DS Mohamad Sabu (kanan)
DS Anwar menyempurnakan perasmian penutup Sambutan HPPNK 2025 sambil disaksikan Ketua Menteri Sabah DS Hajiji Noor (kiri) dan Menteri Pertanian DS Mohamad Sabu (kanan)

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI komited untuk terus membela, membimbing dan memperkasakan warga tani, peladang, penternak serta nelayan yang menjadi tunjang sekuriti makanan negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat dan keterjaminan makanan negara.


"Saya tegaskan keperluan sinergi yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan dalam memberi tumpuan strategik membangunkan sektor pertanian moden dan ekonomi biru demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Hantaran itu dimuat naik sempena kehadirannya ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkongsi kenangannya memimpin Kementerian Pertanian lebih empat dekad lalu.


"Lebih empat dekad lalu, saya pernah diberi amanah sebagai Menteri Pertanian dari tahun 1984 hingga 1986. Pengalaman itu membentuk pemahaman yang mendalam tentang jerih perih dan ketabahan warga tani, peladang, penternak dan nelayan yang menjadi tunjang sekuriti makanan negara," ujarnya.


Menurut Anwar, menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Kerajaan akan terus memacu usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor agromakanan agar menjadi pemangkin kemajuan luar bandar, menjana kekayaan negara serta menjamin masa depan generasi akan datang.


"Menyantuni golongan peladang, penternak dan nelayan bukan sekadar sebagai penyumbang ekonomi, tetapi sebagai tulang belakang kekuatan negara sejak lima dekad lalu," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page