top of page

Kerajaan MADANI kecualikan levi HRD Corp sektor pendidikan swasta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI bakal melaksanakan pengecualian pembayaran Levi Pembangunan Sumber Manusia bagi majikan berdaftar dalam sektor pendidikan swasta.


Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, pengecualian selama setahun bermula Januari hingga Disember 2026 itu selaras keputusan Kerajaan pada tahun lalu, melibatkan institusi pendidikan swasta termasuk prasekolah, sekolah, institusi vokasional serta penyedia pendidikan tinggi.


"Pengecualian ini bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pendidikan Malaysia dengan memastikan institusi kekal berdaya tahan, terus melahirkan bakat berkemahiran dan bersedia menghadapi masa depan, serta menjamin kesinambungan dan kualiti penyampaian pendidikan.


"Sebagai tonggak asas kepada pertumbuhan negara, sektor pendidikan memainkan peranan kritikal dalam membangunkan bakat masa hadapan dan memperkukuh saluran modal insan jangka panjang Malaysia," katanya dipetik.


Menurut beliau, langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,500 majikan dengan anggaran pelepasan levi melebihi RM35 juta.


Pelaksanaan inisiatif itu jelasnya akan dikendalikan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perasmian Minggu Latihan Kebangsaan pada Jun 2025.


"Langkah ini turut mencerminkan fokus Kerajaan MADANI dalam mempertingkatkan pembangunan bakat dan tenaga kerja, selain komitmen menyokong ekosistem pendidikan yang mampan dan berdaya tahan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page