top of page

Kerajaan MADANI fokus tingkat prasarana di Langkawi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 20
  • 1 min read


Kerajaan MADANI sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merancakkan semula pembangunan di Langkawi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut perlu dilakukan seiring status Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.


"Meskipun Langkawi menunjukkan perkembangan yang pesat, kemajuan itu tidak akan bermakna sekiranya prasarana asas tidak mencukupi," kata Perdana Menteri dipetik.


Beliau berkata begitu pada ucapan di Majlis Perasmian Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Langkawi, di Kuah pada Isnin.


Mengulas lanjut perdana menteri berkata, fokus diberikan bagi meningkatkan kemudahan awam seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), perkhidmatan feri, serta kemudahan pendidikan.


Justeru bagi memastikan pelaksanaan pembangunan lebih berkesan, Perdana Menteri memaklumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).


"Langkah ini diambil supaya ada sedikit lonjakan untuk meningkatkan lagi pembangunan di Langkawi," tambahnya.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menekankan keperluan untuk memperbesarkan lokasi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) bagi menampung pertambahan penyertaan antarabangsa.


"LIMA kini sudah sesak, dan ada keperluan untuk memperluas kawasan seperti yang ditaklimatkan oleh Menteri Pertahanan.


"Langkah ini penting agar LIMA dapat menjadi lebih gagah dan menerima lebih banyak penyertaan syarikat peringkat antarabangsa pada masa akan datang," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page