Kerajaan MADANI bina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat untuk B40
- Suara Keadilan

- Oct 13
- 1 min read

Kerajaan MADANI terus komited memperluas pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya B40, memiliki kediaman sendiri.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai berkata, keberkesanan tatakelola kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjimatkan berbilion ringgit, sekali gus membolehkan lebih banyak RMR dibina untuk rakyat.
"Program RMR ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
"Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri," katanya dipetik.
Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Penyerahan Kunci RMR kepada lima penerima di Kampung Badlishah, Kedah pada Ahad.
Sementara itu, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila di majlis ama memaklumkan sebanyak 6,927 unit RMR telah siap dibina di Kedah dan 74,138 unit di seluruh negara setakat 30 September lalu.
SPNB jelasnya, akan terus memastikan rakyat di seluruh negara menikmati kemudahan perumahan mampu milik di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).









Comments