top of page

Kerajaan MADANI bersikap terbuka terima kritikan membina - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI bersikap terbuka terhadap kritikan konstruktif kerana ia membantu menambah baik dasar, termasuk pelaksanaan pendidikan percuma kepada kumpulan sasar yang sedang dilaksana ketika ini.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, keterbukaan itu membuahkan positif apabila 10,000 pelajar B40 kini menikmati pendidikan percuma, manakala kira-kira 3,000 pelajar orang kurang upaya (OKU) bakal menerima manfaat sama.


"Ini adalah pencapaian yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini, namun perkara ini jarang diketengahkan," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura bernilai RM1 juta bagi pembinaan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh untuk kegunaan lebih 800 murid.


Projek di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Melaka itu dijangka siap dalam tempoh 48 minggu dan akan dilengkapi pentas, sistem audio, tandas serta bilik persalinan bagi memperkukuh kemudahan sekolah.


Sementara itu, sebagai mengulas isu sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN culas, Adam Adli menegaskan kerajaan tidak lagi mengamalkan pendekatan pukul rata. Sebaliknya, penilaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan dan kemampuan peminjam.


Menurutnya, sekatan hanya membabitkan kira-kira 0.7 peratus peminjam berpendapatan tinggi yang berkemampuan tetapi enggan berunding.


"Kerajaan, mengutamakan rundingan dan bantuan kerana prinsipnya jelas — peminjam yang berhutang demi pendidikan tidak harus dihukum sewenang-wenangnya.


"Prinsip itu kekal dan sebab itu kita sentiasa mencari jalan untuk membantu, bukan menekan," jelasnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page