top of page

Kerajaan madani beri RM100 juta tingkat kemudahan pejawat awam



Kemudahan untuk penjawat awam menjalankan tugas pada setiap jabatan akan menjadi lebih lengkap selepas ini apabila Kerajaan Madani bersetuju memberi peruntukan khas sebanyak RM100 juta.


Mengumumkan perutunkan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemudahan kerja amat penting bagi meningkatkan motivasi penjawat awam terutama yang berusaha menjaga keselamatan negara.


"Peranan agensi penguatkuasa adalah sangat penting dalam memastikan pelaksanaan undang-undang berada pada landasan yang betul. Aspek integriti dan ketelusan dalam melaksanakan undang-undang merupakan elemen penting dalam memastikan negara terus berdaya saing serta ketirisan dapat ditangani.


"Oleh itu, bagi menghargai komitmen dan usaha agensi penguat kuasa yang sentiasa bertungkus lumus membantu meningkatkan hasil negara, sebagai permulaan, sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan pada tahun ini untuk diagihkan kepada semua agensi penguatkuasa bagi tujuan perbelanjaan, terutamanya mengukuhkan kelengkapan penguatkuasaan serta perbelanjaan untuk menyokong operasi penguatkuasaan," katanya dalam program "Cakna Madani bersama Anwar Ibrahim", petang tadi.


PM yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa peruntukan tersebut perlu sampai ke setiap jabatan seminggu daripada hari ini bagi melancarkan operasi pada perkhidmatan awam.


Selain itu, Anwar juga menekankan konsep Madani dalam menjaga kebajikan anggota perkhidmatan awam.


Konsep Madani, katanya adalah mengambil prihatin keperluan asas rakyat seperti sekolah, klinik dan termasuk kuaters kerajaan.


"Apa tumpuan kita tahun ini? Kita ada anak di sekolah. Hampir kebanyakan sekolah di pinggir bandar, sekolah miskin, tandas rosak. Anak anak belajar, kemudahan asas tidak dipenuhi. Terpaksa kita siapkan untuk perbaiki kemudahan, kita perlu tambahan RM1.4 bilion


"Saya katakan Madani ini hanya bermakna kalau ada perasaan ehsan, rahmah. Dalam isu kenegaraan dan tatakelola pula kalau kita lakukan tanpa perasaan ehsan dan rahmah dia tak jalan," ujarnya.


Dalam pada itu, PM turut mengumumkan akan mewujudkan jawatankuasa mengkaji semula gaji dan skim saraan perkhidmatan awam bagi memperbaiki kedudukan sosial mereka.


"10 tahun tak ada jawatankuasa untuk mengkaji semula skim persaraan penjawat awam.


"InsyaAllah dalam seminggu dua ini saya akan pengerusikan mesyuarat pertama untuk meneliti keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam, dan melihat keupayaan kewangan kita.


"Saya akan cadang peningkatan itu berperingkat melihat keupayaan ekonomi. Anwar di sini memberi jaminan akan berikan apa sahaja yang munasabah dan adil kepada penjawat awam," katanya lagi.


0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page