top of page

Kerajaan lulus RM1.5 bilion bina tembok sempadan Sungai Golok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok bakal dibina tembok penghadang keselamatan
Sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok bakal dibina tembok penghadang keselamatan

Kerajaan Perpaduan terus membuktikan komitmen tegas mempertahan kedaulatan negara dan mengekang jenayah rentas sempadan menerusi peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand di Kelantan.


Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang kawasan Tumpat hingga Tanah Merah, malah turut berfungsi sebagai benteng banjir yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di kawasan berisiko tinggi seperti Rantau Panjang.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memaklumkan mengenai kelulusan projek itu yang kini dalam proses sebut harga dan tender.


"Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) bersama pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ada melakukan lawatan ke sempadan negara.

"Perkara ini (pembinaan tembok keselamatan) ada dibincangkan dengan KSN bersama MKN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Selasa.


Minggu lalu, Mohd Yusoff dilapor berkata, bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan cetek menjadikan kawalan konvensional sukar dilaksanakan walaupun dengan bantuan teknologi seperti dron atau kamera litar tertutup.


Justeru pembinaan tembok keselamatan ini bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan strategik demi mengekang kegiatan penyeludupan serta mempertahankan kedaulatan negara.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page